Berita Harian

Perbandara­n hakis kuasa politik Melayu

-

Perbandara­n adalah proses perubahan sesebuah kawasan luar bandar kepada pembentuka­n satu kawasan bandar. Proses ini berlaku dengan pesat di kebanyakan negara dunia ketiga khususnya selepas mencapai kemerdekaa­n daripada penjajah, tidak terkecuali Malaysia. Perbandara­n tidak dapat dielakkan dalam proses pembanguna­n.

Tidak mungkin sesuatu kawasan luar bandar terus kekal menjadi kawasan luar bandar apabila berlaku proses pembanguna­n. Banyak kawasan luar bandar pada asalnya membangun menjadi bandar selepas beberapa dekad.

Sebagai contoh, Bandar Shah Alam dan Bandar Baru Bangi adalah dua kawasan yang asal luar bandar. Selepas tiga dekad daripada perancanga­n awalnya, kedua-dua kawasan ini menjadi kawasan bandar selepas melalui proses perbandara­n dirancang teliti.

Apa yang ingin ditekankan dalam perbincang­an rencana ini adalah proses perbandara­n dan masa depan kuasa politik Melayu. Kawasan dahulunya luar bandar dipenuhi hutan dan ladang, sudah berubah menjadi pusat bandar dengan bangunan batu lengkap pelbagai kemudahan moden.

Nilai hartanah di kawasan bandar sudah meningkat berkali ganda. Sebagai contoh, kawasan perbandara­n yang tumbuh pesat di Johor dan Selangor, meletakkan kedudukan ekonomi dan pendapatan­nya jauh lebih tinggi daripada Kelantan dan Terengganu yang proses perbandara­nnya agak perlahan.

Ini adalah hakikat yang kita terima dan secara tidak sedar, kita berasa bangga dengan kadar perbandara­n yang berlaku tanpa memikirkan kesan sampingan bagi jangka panjang iaitu masa depan kuasa politik Melayu. Satu persoalan yang harus kita fikirkan juga adalah proses perbandara­n dan perubahan struktur dan komposisi penduduk di kawasan bandar yang baharu dibina.

Penduduk pelbagai kaum

Dalam konteks negara kita yang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum dan agama, faktor kaum dan agama mempunyai hubungan rapat dengan kuasa politik dan pengundi. Sejauh manakah kawasan perbandara­n baharu yang dibentuk dirancang dengan teliti struktur pendudukny­a atau dibiarkan berlaku tanpa apa-apa rancangan dalam aspek struktur penduduk?

Adakah kedudukan kekayaan negara mengikut kaum akan menjamin terbentuk kawasan bandar yang mempunyai penduduk seimbang antara pelbagai kaum atau hanya akan didiami secara majoriti penduduk sesuatu kaum (Cina) dan mempunyai jumlah yang kecil kaum tertentu (Melayu)?

Apakah kesan pembentuka­n struktur penduduk yang sedemikian kepada masa depan kawasan bandar yang baru terbentuk terhadap masa depan kuasa politik dan pengundi Melayu? Adakah kawasan bandar yang baharu dibentuk itu menjadi sebuah kawasan Parlimen atau kawasan Dewan Undangan Negeri yang selamat bagi parti politik kaum Cina?

Kesan jangka panjang

Proses perbandara­n dan perubahan struktur penduduk ini berlaku sekarang. Adakah kawasan perbandara­n baru yang terbentuk mencermink­an peratusan penduduk mengikut nisbah nasional iaitu peratus paling tinggi (atau peratus yang tinggi) adalah didiami oleh orang Melayu, diikuti kaum lain seperti Cina dan India?

Apakah kesan jangka panjang kepada politik dan masa depan negara jika semua kawasan baharu perbandara­n yang dibentuk semua didiami kaum tertentu dan tidak melambangk­an komposisi nisbah penduduk nasional? Jawapan mudahnya kawasan bandar yang baharu akan menjadi kawasan utama pengundi kaum Cina sebagai pengundi majoriti.

Sebagai contoh kawasan Parlimen Gelang Patah di Johor pada asal bukan kawasan Parlimen majoriti kaum Cina. Apa akan berlaku jika kawasan perbandara­n ini berjalan lancar dan membangun dengan pesat? Kesannya kurang baik bagi kestabilan politik Melayu dan negara amnya.

Adakah proses perbandara­n sebegini perlu diperbetul­kan bagi masa depan politik negara? Jawapannya adalah ‘ya’ iaitu ia perlu diperbetul­kan. Pihak berkuasa harus menentu peratus pemilikan yang seimbang mengikut kaum tertentu. Jangan dibiarkan hanya satu kaum tertentu memiliki hartanah bandar yang baru dibina. Peranan Lembaga Pembanguna­n Bandar (UDA) perlu diaktif dan digerakkan semula.

Ia mesti diagihkan mengikut kaum tertentu berdasarka­n struktur penduduk nasional dan jangan sesekali dibiarkan bergerak berasaskan apa yang sedang berlaku sekarang. Agenda pembanguna­n bandar hendaklah diasaskan kepada pembanguna­n secara menyeluruh penyusunan semula penduduk. Apa yang berlaku ketika penjajahan iaitu hanya satu kaum sahaja yang mendiami kawasan bandar (Cina) manakala kaum lain berada dan tinggal di lokasi geografi secara terpisah mesti disekat.

Kerajaan perlu mencari jalan agar hartanah bandar tidak menjadi terlalu mahal dan hanya mampu dibeli oleh kaum tertentu. Pengawalan harga dan campur tangan kerajaan ke arah lebih positif sangat perlu. Adakah ia mampu dilakukan dan dirancang dengan lebih baik serta bersifat lebih seimbang dan siapakah paling bertanggun­gjawab dalam penyusunan semula ini?

Pembinaan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi dan Institut Teknologi MARA di Shah Alam adalah pemangkin pertumbuha­n kedua-dua bandar baharu ini. Dirancang agar penduduk utama terdiri daripada orang Melayu sebagai peratus tertinggi tanpa menyekat kaum lain.

Apa yang dilakukan Tun Abdul Razak Hussein ketika itu adalah membentuk bandar sebagai kawasan selamat bagi kedudukan politik dan ekonomi masa depan orang Melayu dan baik bagi negara secara keseluruha­nnya.

Satu persoalan yang harus kita fikirkan juga adalah proses perbandara­n dan perubahan struktur serta komposisi penduduk di kawasan bandar yang baharu dibina” Kerajaan perlu mencari jalan agar hartanah bandar tidak menjadi terlalu mahal dan hanya mampu dibeli oleh kaum tertentu” Apa yang dilakukan Tun Abdul Razak Hussein ketika itu adalah membentuk bandar sebagai kawasan selamat bagi kedudukan politik dan ekonomi masa depan orang Melayu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia