Berita Harian

Mahkamah panggil DBKL bulan depan

Penduduk tuntut semakan kehakiman tindakan PBT lulus projek

- Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

Cadangan pembanguna­n sebahagian tapak Rimba Kiara (TRK) di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini yang mendapat bantahan penduduk, akan diputuskan oleh mahkamah, bulan depan.

Ini berikutan Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI RA) memfailkan tindakan undangunda­ng yang meminta mahkamah melakukan semakan kehakiman terhadap keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan projek itu.

Kertas semakan kehakiman dihantar kepada DBKL dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz sebagai responden pada 28 Ogos lalu.

Ketua Jawatankua­sa Bertindak Selamatkan Taman Rimba Kiara, Leon Koay, berkata TTDI RA dan DBKL sudah ditetapkan supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 September ini untuk pengurusan kes bagi prosiding tuntutan semakan kehakiman berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata, penduduk membuat tuntutan semakan kehakiman bagi menyemak segala kerja pentadbira­n dan tindakan yang dilaksanak­an pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berhubung projek pembinaan lapan blok apartmen mewah di atas sebahagian tapak TRK.

Katanya, penduduk amat serius dalam perkara itu dan akan menggunaka­n undang-undang untuk mempertaha­nkan taman rimba berkenaan.

Gagal berbincang

“Kami memfailkan tindakan undang-undang yang meminta mahkamah menjalanka­n semakan kehakiman terhadap keputusan DBKL untuk meluluskan projek itu.

“Sudah berkali-kali penduduk meminta DBKL untuk mengadakan perjumpaan dan perbincang­an, namun sehingga kita mereka gagal berbuat demikian. Oleh itu penduduk mengambil tindakan ini sebagai cara terakhir untuk menyelesai­kan masalah.

“Semakan itu termasuk meminta mahkamah untuk membatalka­n kebenaran perancanga­n pembanguna­n, membatalka­n aktiviti pembanguna­n dan perintah untuk mewartakan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020,” katanya pada sidang media di Dewan Komuniti TTDI, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi TTDI RA, Abdul Hafiz Abu Bakar dan beberapa ahli Jawatankua­sa Bertindak ‘Selamatkan Taman Rimba Kiara’.

Jejas ekosistem

Pada 8 Mei lalu, Halaman Kota menyiarkan cadangan penduduk untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap DBKL sebagai usaha terakhir mereka membantah cadangan pembanguna­n di TRK.

Mereka mendakwa projek itu akan menyebabka­n ekosistem di kawasan perumahan itu dan taman rimba sebagai kawasan hijau akan terjejas selain peningkata­n kepadatan penduduk serta merumitkan masalah kesesakan lalu lintas yang sedia ada.

Penduduk kesal dengan tindakan DBKL kerana meluluskan cadangan projek berkenaan sedangkan taman rimba itu diakui sebagai taman awam yang perlu dikekalkan untuk kegunaan orang ramai melakukan pelbagai kegiatan.

Penduduk mendakwa, pembanguna­n di TRK yang sebelum ini dicadangka­n, bukan sahaja membabitka­n pembinaan apartmen mewah, malah akan juga dibina sambungan enam lorong lebuh raya di kawasan itu.

Lebuh raya berkenaan didakwa akan menghubung­kan Lebuhraya Penchala Link ke Plaza VADS yang akan melalui Jalan Datuk Sulaiman di TTDI.

Desakan orang ramai supaya cadangan pembanguna­n di kawasan itu tidak diteruskan bukan sekadar bimbang terhadap kesan ditimbulka­n, tetapi juga gangguan kepada habitat fauna di kawasan itu.

Kawasan rimba rekreasi itu dikesan menjadi habitat lebih 40 spesies unggas termasuk beberapa burung tempatan seperti Punai Gading (Treron Vernans) dan Kelicap Mayang Kelapa (Anthreptes Malacesis) serta burung pemangsa, Helang Sewah Besar (Crested Goshawk).

Difahamkan sebahagian daripada blok apartmen berkenaan adalah rumah gantian bagi 100 keluarga Rumah Panjang Bukit Kiara yang terletak bersebelah­an dengan taman rimba berkenaan.

 ?? [FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] ?? Taman Rimba menjadi habitat lebih 40 spesies burung.
[FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] Taman Rimba menjadi habitat lebih 40 spesies burung.
 ??  ?? Sebahagian daripada Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr Ismail akan didirikan apartmen.
Sebahagian daripada Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr Ismail akan didirikan apartmen.
 ??  ?? Leon Koay (kanan) dan Abdul Hafiz pada sidang media, semalam.
Leon Koay (kanan) dan Abdul Hafiz pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia