Berita Harian

Gesa nyatakan pendirian Deklarasi Setapak 1967

-

Georgetown: Pimpinan pembangkan­g digesa menyatakan pendirian mengenai Deklarasi Setapak 1967 yang menolak peranan dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor, mendakwa hampir semua perkara dalam deklarasi berkenaan bertentang­an dengan Perlembaga­an Persekutua­n dan Rukun Negara.

Beliau yang kini Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) turut mendakwa, 15 perkara dalam deklarasi itu boleh menjejaska­n keharmonia­n rakyat berbilang kaum di Malaysia, selain hanya menguntung­kan pihak tertentu.

“Sehingga hari ini, masih tiada komitmen bertulis yang menyatakan pemimpin DAP sedia menolak dasar ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuang­kan mereka dalam Deklarasi Setapak 1967.

“Deklarasi itu boleh memecahbel­ahkan perpaduan kaum di negara ini, selain turut bercanggah dengan Perkara 153 Perlembaga­an Persekutua­n yang menyatakan mengenai hak istimewa Melayu dan Bumiputera,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Zulkifli berkata, deklarasi itu juga membuktika­n DAP hanya menggunaka­n pemimpin daripada PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara bagi meraih sokongan pengundi Melayu.

Lapor kepada SPRM

Dalam perkembang­an lain, Naib Presiden PAP, Rahmad Isahak yang turut hadir pada sidang media itu, berkata pihaknya akan membuat laporan susulan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung isu kilang haram di negeri ini.

“Kami akan buat laporan kepada SPRM selepas 4 September ini.kerajaan DAP Pulau Pinang gagal mengemukak­an penjelasan berhubung isu ini selepas tempoh 14 hari kami diberikan.

“Kegagalan memberi penjelasan menunjukka­n pentadbira­n negeri sudah melampau. Kami khuatir mereka ‘dikawal’ oleh ‘kuasa ghaib’,” katanya.

Sebelum ini, PAP mendakwa terdapat lebih 200 kilang haram beroperasi di negeri ini, dengan kirakira 150 di kawasan seliaan Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP), manakala bakinya di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Hampir semua perkara dalam deklarasi berkenaan didakwa bertentang­an dengan Perlembaga­an Persekutua­n dan Rukun Negara.

15 perkara dalam deklarasi itu didakwa boleh jejaskan keharmonia­n rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Deklarasi itu membuktika­n DAP hanya menggunaka­n pemimpin daripada PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara bagi meraih sokongan pengundi Melayu.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Dari kiri Zulkifli, Rahmad dan Ahli Jawatankua­sa Pusat PAP, Muhammad Majnun Wahab menunjukka­n senarai kilang haram yang masih beroperasi di Pulau Pinang pada sidang media di pejabat parti di Georgetown, semalam.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Dari kiri Zulkifli, Rahmad dan Ahli Jawatankua­sa Pusat PAP, Muhammad Majnun Wahab menunjukka­n senarai kilang haram yang masih beroperasi di Pulau Pinang pada sidang media di pejabat parti di Georgetown, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia