Berita Harian

‘PAS bukan lagi kuda tunggangan DAP, PKR’

Jentera fokus kemenangan menerusi Gagasan Rakyat selepas pelbagai agenda Islam diserang bekas sekutu

- Oleh Rohaniza Idris, Azzman Abdul Jamal dan Baharom Bakar

Jentera PAS tidak akan lagi menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selepas pelbagai agenda Islam diperjuang­kannya diserang bekas sekutu mereka itu.

Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (ISP), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan semalam, berkata serangan berkenaan dilancarka­n selepas DAP dan PKR menang pada PRU-13 dengan bantuan jentera dan undi PAS.

“Justeru, pada PRU-14, jentera PAS akan fokuskan kemenangan menerusi Gagasan Rakyat. Pakatan Harapan bukan masa depan bagi rakyat, perjuangan jangka pendek mereka hanya untuk jatuhkan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak),” katanya.

Sudah rangka strategi

Beliau mengulas keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan kelmarin yang memutuskan pendirian tidak bekerjasam­a dengan PAS pada PRU-14 dan sudah merangka strategi untuk menghadapi kemungkina­n pertanding­an tiga penjuru.

Kenyataan itu menyertaka­n nama Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presidenny­a, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga Timbalan Presiden, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin; Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Di Kuala Terengganu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata PAS secara rasminya sudah tiada apa-apa hubungan dengan Pakatan Harapan, tetapi pemimpin pakatan sengaja menimbulka­n isu seolah-olah PAS mahu bekerjasam­a.

“PAS tidak pernah buat keputusan untuk bekerjasam­a dengan Pakatan Harapan, terutama menghadapi PRU-14. PAS juga memutuskan untuk letak calon di kerusi Parlimen, termasuk yang dikuasai parti dalam pakatan pada PRU-14,” katanya.

Ketika dihubungi BH semalam, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata PAS sudah menggerakk­an semua jentera pilihan raya termasuk pada peringkat akar umbi untuk PRU-14 walaupun terpaksa berdepan pertanding­an tiga penjuru.

Katanya, PAS hanya bertanding 73 kerusi Parlimen pada PRU lalu dan akan meletakkan calon di sekurang-kurangnya 100 kerusi termasuk kerusi Parlimen yang dikuasai parti dalam Pakatan Harapan.

Jentera PAS akan fokuskan kemenangan menerusi Gagasan Rakyat. Pakatan Harapan bukan masa depan bagi rakyat, perjuangan jangka pendek mereka hanya untuk jatuhkan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak)” Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Pengarah Institut Strategi PAS Pusat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia