Berita Harian

Pasangan dalang tipu GST RM25.58J ditahan

Peniaga buat tuntutan palsu terbesar setakat ini, akaun turut dibeku

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan sepasang suami isteri, dipercayai dalang utama penipuan tuntutan pemulangan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berjumlah RM25.58 juta.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri T Subromania­m, berkata lelaki berusia 50-an itu ditahan di Ipoh, Perak pada 25 Ogos lalu, manakala isterinya berusia 40-an ditahan di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu, susulan siasatan oleh jabatan itu sejak beberapa bulan lalu.

“Suspek utama yang juga ahli perniagaan ditahan bersama wang tunai RM200,000 dan pelbagai mata wang asing, manakala isterinya pula membawa RM182,000. Akaun mereka turut dibekukan.

Suami isteri dituduh di mahkamah hari ini

“Mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak esok (hari ini) mengikut Seksyen 89(1)(b) Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014, bagi kesalahan membuat apa-apa penyataan atau catatan palsu dalam mana-mana penyata,” katanya.

Bercakap pada sidang media di sini semalam, Subromania­m berkata, kes penipuan itu dipercayai yang terbesar membabitka­n tuntutan palsu GST setakat ini.

“Kita mempunyai sistem canggih, pengurusan risiko, audit dan bahagian siasatan. Jadi, kita tahu jika ada fakta tidak kukuh dan tuntutan mana yang benar atau palsu.

“Sebagai contoh, apabila ada perniagaan yang tidak mencermink­an keadaan sebenar, kita akan buat siasatan. Jadi, tidak mudah untuk mereka terlepas,” katanya.

Subromania­m percaya ramai lagi suspek terbabit dalam kes penipuan itu, termasuk mereka yang diperdayak­an oleh pasangan berkenaan.

Mengenai kutipan GST tahun ini, beliau berkata, ia dijangka melebihi kutipan RM41.2 bilion tahun lalu berdasarka­n pertumbuha­n ekonomi negara yang baik.

Suspek utama yang juga ahli perniagaan ditahan bersama wang tunai RM200,000 dan pelbagai mata wang asing, manakala isterinya bawa RM182,000” T Subromania­m, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia