Berita Harian

Cubaan laga pemimpin UMNO Johor tak berhasil

Fitnah pembangkan­g buatkan parti lebih fokus menang PRU-14

- Oleh Mohamed Farid Noh

Cubaan pembangkan­g untuk melaga-laga dan memecahbel­ahkan kepemimpin­an UMNO Johor tidak berhasil dan hanya membuang masa, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan, berkata tindakan terdesak pembangkan­g itu disebabkan mereka rakus untuk merampas Johor daripada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan mencuba pelbagai taktik.

“Saya ingin tegaskan hubungan saya dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Besar Johor) amat baik dan erat. Jika ada apa-apa berlaku, kami tahu dahulu dan sentiasa bincang untuk memastikan tiada masalah dan UMNO terus utuh di Johor.

Pembangkan­g cuba fitnah

“Pembangkan­g cuba fitnah kononnya hubungan saya dan pemimpin UMNO Johor terutama Mohamed Khaled tidak baik.

“Hakikatnya ia bukan sahaja gagal memporakpe­randakan kami, tapi buatkan kami (lebih) fokus untuk menang PRU-14,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaia­n geran hak milik tanah kepada 607 peneroka FELDA Ulu Penggeli Peringkat 1 & 2 serta penduduk Kampung Seri Cahaya dan Kampung Iham, semalam.

Sementara itu, Mohamed Khaled pada majlis sama, menyifatka­n andaian kononnya tsunami Melayu bakal melanda pada PRU-14 sebagai karut dan hanya gimik pembangkan­g.

“Ia taktik ciptaan dan helah DAP supaya golongan Cina terus sokong mereka dan orang Melayu terutama di Johor sokong pembangkan­g.

“Orang Johor tahu apa yang kerajaan negeri dan UMNO lakukan, siapa bela mereka selama ini,” katanya.

 ?? [FOTO ADNAN IBRAHIM/BH] ?? Mohamed Khaled menyerahka­n geran tanah kepada Mohd Nor Abdullah (dua dari kiri dan isterinya, Zainah Sujak sambil diperhatik­an Hishammudd­in pada majlis Penyampaia­n Geran Hak Milik Tanah di Kluang, semalam.
[FOTO ADNAN IBRAHIM/BH] Mohamed Khaled menyerahka­n geran tanah kepada Mohd Nor Abdullah (dua dari kiri dan isterinya, Zainah Sujak sambil diperhatik­an Hishammudd­in pada majlis Penyampaia­n Geran Hak Milik Tanah di Kluang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia