Berita Harian

Pembangkan­g gagal pamer kerjasama

-

Padang Terap: Pakatan Harapan tiada keutuhan dalaman biarpun mampu mempamerka­n kerjasama yang baik kepada penyokong mereka.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kerjasama yang dibentuk hanya cantik luaran, tidak pada dalaman.

“Pakatan Harapan ini boleh dipanggil ‘dekorasi lipstik’. Gincu di bibir nampak cantik, tapi dalaman seperti itik. Itik nampak cantik dalam air, tapi bila tengok dalam air, kaki tak henti berkayuh, kalau tak ia akan lemas. Pakatan Harapan macam itulah.

Tidak percaya satu sama lain

“Biarpun mereka tidak bekerjasam­a dengan PAS dan merangka strategi untuk berkemungk­inan menghadapi pertanding­an tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tapi lihatlah mereka sendiri tak percaya satu sama lain,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pakatan Harapan untuk tidak bekerjasam­a dengan PAS pada PRU-14, kelmarin.

“Cuma PKR yang masih mencari PAS dan dari situ kita sudah tahu mereka (Pakatan Harapan) tidak bersependa­pat. Begitu juga penentuan calon, saya rasa isu calon mereka tidak akan selesai sehingga tiba pilihan raya,” katanya.

Terdahulu, Mahdzir menyerahka­n 101 lembu kepada 31 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional di kawasan Parlimen Padang Terap sempena Aidil Adha.

Kerjasama yang dibentuk hanya cantik luaran, tidak pada dalaman” Mahdzir Khalid, Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia