Berita Harian

Keluaran khas BH sempena merdeka

Edisi khas papar kisah pahit rakyat dijajah hingga Malaysia capai kejayaan

- Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

Orang ramai berpeluang mengimbas sejarah kemerdekaa­n negara dengan mendapatka­n keluaran khas akhbar BH sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-60, esok.

Edisi khas BH, ‘60 Tahun Mengisi Kemerdekaa­n’ itu memaparkan pelbagai kisah kenangan perit ketika negara dijajah hingga kejayaan gemilang dicapai Malaysia, sepanjang enam dekad negara merdeka.

Perubahan Malaysia

Pembaca juga berpeluang melihat perubahan Malaysia dalam pelbagai bidang seperti pentadbira­n, pendidikan, pembanguna­n dan infrastruk­tur serta sukan.

Antara kandungan edisi khas itu termasuk kupasan elemen perpaduan rakyat Malaysia yang bertahan selama 60 tahun dalam mengecapi nikmat kemerdekaa­n sejak 1957.

Yang turut dipaparkan adalah sorotan kemajuan sistem pendidikan di Malaysia, yang menjadi pemangkin kepada kemodenan negara, hingga dikagumi dan diangkat menjadi model rujukan negara luar.

Menerusi edisi khas itu juga, BH memaparkan kisah tokoh bacaan al-quran dan tajwid, yang melakar sejarah peribadi apabila berpeluang melaungkan azan pada istiadat Hari Kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1957.

Keluaran khas BH itu nanti turut memberi peluang kepada pembaca mengimbau perjalanan Malaysia ke arah negara maju menerusi paparan garis masa pembanguna­n dan pemodenan Malaysia merentasi 60 tahun.

Ia juga mengingatk­an kembali kehebatan Malaysia melahirkan ramai jaguh sukan dan ikon pelbagai bidang yang mengharumk­an nama negara di persada dunia.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Pasukan Angkatan Tentera Malaysia membuat persembaha­n ketika raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, semalam. Pelajar mengibar bendera ketika raptai penuh di Dataran Merdeka. Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan...
[FOTO BERNAMA] Pasukan Angkatan Tentera Malaysia membuat persembaha­n ketika raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, semalam. Pelajar mengibar bendera ketika raptai penuh di Dataran Merdeka. Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan...
 ?? [FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] ?? Ketua Balai Berita Shah Alam, Daniel Ibrahim (kiri) bersama Pengurus Kanan Pengiklana­n The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Hayati Idris (tiga kanan) dan Eksekutif Kanan Pengiklana­n, Alton Mark Alexander (dua kiri) melihat cetakan semula...
[FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] Ketua Balai Berita Shah Alam, Daniel Ibrahim (kiri) bersama Pengurus Kanan Pengiklana­n The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Hayati Idris (tiga kanan) dan Eksekutif Kanan Pengiklana­n, Alton Mark Alexander (dua kiri) melihat cetakan semula...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia