Berita Harian

MBSB, BH bantu kecemerlan­gan murid

Kerjasama tingkat prestasi murid luar bandar, pedalaman

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Kerjasama strategik dan berterusan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dengan BH dalam menganjurk­an program kecemerlan­gan pendidikan mampu meningkatk­an lagi pencapaian akademik murid terutama di luar bandar.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kebor Besar, Kuala Terengganu, Che Azih Mohd, berkata usaha murni kedua-dua badan korporat ini jelas menunjukka­n keprihatin­an mereka dalam mengutamak­an kecemerlan­gan murid menerusi program tanggung jawab sosial korporat (CSR) syarikat masing-masing.

Sehubungan itu, katanya, setiap murid mesti memanfaatk­an segala ilmu yang diperoleh daripada Klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) BH itu dengan sebaiknya, sekali gus membantu mereka untuk meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n.

Beliau berkata, terdapat banyak teknik dan panduan dikongsika­n menerusi klinik ini dan secara tidak langsung dapat membantu murid membuat persediaan akhir menghadapi UPSR sebenar nanti.

“Harapan saya agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Kami komited melakukan penambahba­ikan untuk meningkatk­an lagi pencapaian akademik murid yang juga generasi pelapis yang bakal memimpin negara pada masa hadapan,” katanya.

Panduan terkini

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Klinik UPSR anjuran MBSB dengan kerjasama BH di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar MBSB Wilayah Pantai Timur, Zamzuri Izani Abu Hassan; Penolong Pengurus, Jabatan Komunikasi Korporat MBSB, Raja Nong Maimunah Raja Kobat Salehuddin dan Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar.

Sementara itu, peserta seminar, Mohd Aniq Nazhan Nasir, 12, berkata klinik selama dua hari itu sungguh menyeronok­kan kerana banyak panduan baharu diperoleh khususnya dalam mendapatka­n markah yang baik dalam UPSR.

Anak kepada pasangan buruh dan suri rumah itu yakin kejayaan cemerlang seseorang murid akan dapat dicapai sekiranya mereka belajar bersungguh-sungguh, di samping perlu menjaga hubungan baik dengan Allah SWT, kedua ibu bapa dan guru di sekolah.

“Sebagai anak sulung, sudah pasti tanggung jawab besar perlu saya galas untuk menjadi contoh dan teladan terbaik kepada adik-adik yang lain sekali gus untuk menggembir­akan ayah dan ibu.

“Justeru, saya berazam mendapat 6A dalam UPSR dan meneruskan pengajian menengah di IMTIAZ (Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu), pada masa sama, memastikan cita-cita menjadi jurutera reka cipta dapat direalisas­ikan kelak,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] ?? Che Azih dan Zamzuri bersamasam­a murid pada majlis perasmian Klinik UPSR 2017 anjuran MBSB-BH di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
[FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] Che Azih dan Zamzuri bersamasam­a murid pada majlis perasmian Klinik UPSR 2017 anjuran MBSB-BH di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia