Berita Harian

UIAM anjur Semarak Sambutan Kemerdekaa­n

Penganjura­n tingkat semangat cintakan negara

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Bagi meningkatk­an kecintaan kepada negara, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), menganjurk­an Semarak Sambutan Kemerdekaa­n di Pusat Kebudayaan universiti itu di sini, semalam.

Program berkenaan yang disertai kira-kira 1,000 warga universiti itu, dirasmikan Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Rais turut melancarka­n Kempen Tabung Kutipan Hari Pahlawan 2017 sebagai tanda sokongan untuk membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjuang mempertaha­nkan negara.

Yang turut hadir, Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

Rais berkata, program yang diadakan setiap tahun itu adalah suatu acara simbolik untuk meraikan Hari Kebangsaan.

“Sepanjang bulan ini, banyak aktiviti dijalankan untuk memeriahka­n lagi sambutan, antaranya kempen mengibar Jalur Gemilang di setiap jabatan, asrama kediaman dan kulliyyah.

“Kita juga mengadakan pertanding­an koir lagu patriotik untuk kakitangan UIAM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program berkenaan.

Pemimpin perlu bersatu

Pada masa sama, Rais yang juga Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan Malaysia berkata, pemimpin di negara ini perlu bersatu dalam pelbagai aspek bagi mencapai tuntutan kemerdekaa­n yang sebenar.

“Ada ruangnya semua pemimpin bersatu, ada ruangnya kita berbeza pendapat. Dalam konteks ini, merdeka menuntut kita supaya bersatu dan menyerlahk­an pengisian perjuangan menerusi ilmu, implementa­si serta falsafah hidup.

“Selagi golongan pemimpin tidak bersatu dalam soal kenegaraan, keagamaan dan kebangsaan, selama itu kita tidak akan mencapai tuntutan kemerdekaa­n yang sebenar,” katanya.

 ??  ?? Sebahagian warga universiti mengibarka­n Jalur Gemilang Sambutan Kemerdekaa­n di Pusat Kebudayaan UIAM, semalam. pada majlis perasmian program Semarak
Sebahagian warga universiti mengibarka­n Jalur Gemilang Sambutan Kemerdekaa­n di Pusat Kebudayaan UIAM, semalam. pada majlis perasmian program Semarak
 ?? [FOTO ROSDAN WAHID/BH] ?? Rais merasmikan Program Semarak Sambutan Kemerdekaa­n UIAM, semalam. di
[FOTO ROSDAN WAHID/BH] Rais merasmikan Program Semarak Sambutan Kemerdekaa­n UIAM, semalam. di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia