Berita Harian

Prasarana sasar jadi pengendali terbaik

Mahu lonjak imej Malaysia pada peringkat antarabang­sa

-

Prasarana Malaysia (Prasarana) menyasarka­n pengendali­an tren haji, Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Metrosouth­ern Line (MMMSL) tahun ini sebagai yang terbaik dalam rekod operasinya.

Melalui projek pengendali­an tren sulung di luar negara itu juga, Prasarana berhasrat meninggalk­an legasi cemerlang yang berupaya melonjakka­n imej Malaysia pada peringkat antarabang­sa, terutama dalam kalangan negara Islam.

Memasuki tahun terakhir kontrak pengendali­an MMMSL sejak 2015, syarikat milik penuh kerajaan itu turut berharap dapat mewujudkan penanda aras perlu dipatuhi pengendali seterusnya, sekali gus memenuhi piawaian tinggi pemilik tren.

Tepati sasaran Arab Saudi

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineerin­g Services (PRIME), Masnizam Hisham, berkata selepas tiga tahun mengendali­kan tren itu, pihaknya menepati sasaran ditetapkan Arab Saudi, khususnya Lembaga Pembanguna­n Wilayah Makkah (MRDA).

Malah, beliau menegaskan, Prasarana memberikan lebih daripada jangkaan asal MRDA, terutama membabitka­n prestasi operasi tren dan kepuasan pelanggan yang sudah pada tahap tertinggi untuk dilepasi bagi musim haji kali ini.

“Pada 2016, rekod operasi kita capai 110 peratus (operasi tren) dan 97 peratus (kepuasan pelanggan). Kita harap dapat ulangi prestasi tahun lalu itu, mungkin lebih baik lagi,” katanya sebelum melepaskan 7,600 petugas kawalan penumpang tren di Depoh MMMSL Al-abdiyad, Arafah.

Tren MMMSL secara rasminya mula beroperasi jam 9 pagi semalam (waktu tempatan), menghubung­kan Arafah, Mudzalifah dan Mina. Ia sebahagian inisiatif Arab Saudi dalam menangani isu kesesakan jemaah dan kelancaran trafik menjelang kemuncak Hari Wukuf.

Keseluruha­nnya, lima pergerakan tren disediakan operator MMMSL, dengan keistimewa­an susun atur dirangka mengikut rukun haji.

Masnizam yakin operasi MMMSL berjalan lancar melalui usaha gigih 650 kakitangan dari Malaysia, selain 7,600 petugas sokongan dan dibantu 9,500 anggota keselamata­n Arab Saudi.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Masnizam melepaskan 7,600 petugas kawalan penumpang tren di Depoh MMMSL Al-abdiyad, Arafah, semalam.
[FOTO BERNAMA] Masnizam melepaskan 7,600 petugas kawalan penumpang tren di Depoh MMMSL Al-abdiyad, Arafah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia