Berita Harian

SPRM serbu lima lokasi serentak

9 kotak dokumen diambil dari Thamarai Holdings

- Oleh Ilah Hafiz Aziz dan Khairul Najib Asarulah Khan

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu serentak lima lokasi di sini, Petaling Jaya dan Seremban semalam bagi memperoleh maklumat berkaitan isu pemilikan tanah Kampung Serampang Indah di Negeri Sembilan.

Serbuan itu dilakukan sehari selepas Ketua Pesuruhjay­anya, Datuk Dzulkiffli Ahmad turun padang bertemu penduduk kampung di Serting Hilir, Bandar Seri Jempol itu atau dahulunya dikenali Ladang Gatco.

Kira-kira sembilan kotak berisi dokumen diambil pegawai SPRM dari pejabat Thamarai Holdings di Petaling Jaya selepas berada di syarikat itu kira-kira tujuh jam sejak 10.30 pagi.

Premis lain diserbu ialah Unit Kerajaan Tempatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) di Seremban, pejabat sebuah kesatuan pekerja ladang di Petaling Jaya dan sebuah firma guaman di Jalan Ipoh, di sini.

Kemelut bermula selepas pemilik asal tanah seluas 2,000 hektar itu, Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup dan ladang tebu miliknya dilupuskan kepada PKNNS secara pajakan 99 tahun.

Pajak tanah 66 tahun

PKNNS kemudian memajakkan tanah itu selama 66 tahun kepada syarikat The Great Allonioner­s Trading Corporatio­n Bhd (Gatco) pada 1977 yang kemudian menjadikan kawasan itu sebagai tanah rancangan.

Syarikat berkenaan membawa masuk peserta yang ditawarkan tapak rumah dan tanah kebun seluas empat hektar setiap seorang dengan bayaran antara RM4,000 hingga RM7,000.

Pada awalnya, kawasan itu dirancang dijadikan ladang getah, namun Gatco menghadapi masalah kewangan menyebabka­n projek terbengkal­ai dan tanah dirampas lalu dilelong pada 2004 sebelum dibeli sebuah syarikat pada 2007.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Pegawai SPRM membawa sembilan kotak berisi dokumen dari Thamarai Holdings di Petaling Jaya, semalam.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Pegawai SPRM membawa sembilan kotak berisi dokumen dari Thamarai Holdings di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia