Berita Harian

Pelarian Rohingya sertai Merdeka #Quranhour

Peserta cilik antara 200 banjiri sambutan di Dataran Merdeka

- Oleh Norzamira Che Noh

Seramai 200 pelarian Rohingya yang menetap di kem pelarian Rohingya di Selayang, akan menyertai gema takbir Merdeka #Quranhour di Dataran Merdeka, esok.

Kanak-kanak Rohingya, Abdul Razak Abdul Mubin, 6, adalah antara anak pelarian Rohingya yang akan menyertai program buat julung kali itu.

Murid Sekolah Pelangi Kasih, Selayang, yang menetap di negara ini sejak 2013, mula berminat membaca al-quran ketika berusia lima tahun, malah sudah menghafal surah Yasin.

“Saya seronok kerana ini kali pertama menyertai program seperti ini bersama ibu dan rakan di sekolah.

“Saya juga tidak sabar menunggu sambutan Hari Kebangsaan Malaysia dan saya suka tinggal di sini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Karangkraf di sini, semalam.

Selain Abdul Razak, turut menyertai program berkenaan adalah warga Indonesia yang juga pengajar Rumah Ngaji di Wangsa Melawati, Mukhammad Adam Khusnar, 27.

“Saya menjadi pengajar Rumah Ngaji hampir dua tahun, tetapi ini kali pertama saya menyertai program bacaan al-quran secara besarbesar­an,” katanya.

Esok, kempen #Quranhour akan dimulakan dengan program World #Quranhour di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia, Gombak, pada jam 10.30 pagi.

Program Gema Wahyu di Masjid Jamek pada jam 4 petang sebelum berpindah ke Dataran Merdeka untuk program Merdeka #Quranhour yang dijangka bermula pada jam 8.30 malam.

 ?? [FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] ?? Abdul Razak bersama guru, Khairunnis­a Nor Affandi pada sidang media di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, semalam.
[FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] Abdul Razak bersama guru, Khairunnis­a Nor Affandi pada sidang media di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia