Berita Harian

Sarawak buka 11 kaunter di MATTA

Lebih 100 pakej menarik ditawarkan

- Oleh Haryani Ngah

Alam sekitar, aktiviti lasak, sajian istimewa dan kebudayaan, antara pakej istimewa ditawarkan di Sarawak sempena Pameran Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) pada 8 hingga 10 September ini.

Bertemakan ‘Sarawak Je’, Bumi Kenyalang menjadi destinasi dalam negeri pilihan yang dipromosi sempena pameran MATTA Ke-44 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Presiden MATTA, Datuk K L Tan, berkata Sarawak negeri terbesar di Malaysia yang terkenal dengan pergununga­n dan sungai mistik, sejarah unik, tradisi dan kebudayaan dengan 27 kumpulan etnik bersama bahasa dan budaya tersendiri.

“Pelancong juga berpeluang merasai pengalaman menikmati sajian tradisiona­l tempatan yang unik, mengunjung­i Taman Negara Gunung Mulu, Hutan Simpan Semenggoh dan rumah panjang,” katanya pada sidang media, semalam.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata 11 kaunter dibuka Lembaga Pelanconga­n Sarawak yang menyediaka­n lebih 100 pakej pelanconga­n menarik.

“Tema ‘Sarawak Je’ memberi gambaran negeri ini mudah dikunjungi dari Semenanjun­g, hanya sejam 30 minit menerusi 30 penerbanga­n sehari ditawarkan beberapa syarikat penerbanga­n.

“Sarawak tiada pusat beli-belah besar dan hebat, tapi ada Taman Negara yang menjadi tumpuan utama pelancong.

“Rata-rata pelancong datang ke Sarawak kerana mahu menikmati keindahan alam semula jadinya yang belum tercemar,” katanya.

Cabutan bertuah

Pengunjung boleh menang cabutan bertuah menerusi pertanding­an instagram dengan hanya ‘selfie’ di Pavilion Sarawak dan menulis sebarang tema negeri itu serta #Sarawaje, #Mattafair dan #Awesomesar­awak dan tag kepada @Sarawaktra­vel, @Welovesara­wak.

Dengan setiap pembelian pakej Sarawak dari Pavilion Sarawak, pengunjung berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik seperti penginapan di hotel atau resort di negeri itu.

Sarawak negeri terbesar di Malaysia yang terkenal dengan pergununga­n dan sungai mistik, sejarah unik, tradisi dan kebudayaan dengan 27 kumpulan etnik bersama bahasa dan budaya tersendiri” K L Tan, Presiden MATTA

 ?? [FOTO OWEE AH CHUN/BH] ?? Abdul Karim (tengah) dan Tan (dua dari kanan) pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO OWEE AH CHUN/BH] Abdul Karim (tengah) dan Tan (dua dari kanan) pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia