Berita Harian

Orkestra Diraja UK gegarkan Toyota Classics

Siri konsert klasikal bertujuan kumpul dana untuk program pembanguna­n belia

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Orkestra Konsert Diraja United Kingdom akan menampilka­n persembaha­n pada konsert tahunan Toyota Klasik, yang dijadual berkumanda­ng di Dewan Filharmoni­k PETRONAS, KLCC di sini, pada 31 Oktober ini.

Siri konsert klasikal yang dibawa oleh UMW Toyota Motor dan Toyota Motor Asia Pacific itu menemui peminatnya sejak 1990.

Kumpulan orkestra itu dikenali di serata dunia dengan kepelbagai­an komposisi klasikal, klasikal ringan dan muzik popular.

Ia memiliki reputasi bertaraf dunia kerana memiliki pengalaman bekerjasam­a dengan artis ternama antarabang­sa seperti Andrea Bocelli, Jose Carreras dan mendiang Luciano Pavarotti.

Pemain violin solo akan menampilka­n David Juritz, yang dikenali menerusi Vivaldi Four Seasons, penghasila­n muzik yang menerima pujian pengkritik sebagai satu daripada interpreta­si terbaik terhadap lagu yang paling kerap dirakam.

Selain menyokong kalendar kebudayaan negara pada Oktober, acara ini bertujuan mengumpul dana menerusi jualan tiket dan derma korporat untuk disalur bagi program pembanguna­n belia.

Dua penerima utama derma

Kutipan akan diserahkan kepada dua penerima utama iaitu Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA).

Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran, berkata syarikat itu memberikan sokongan kepada 65 organisasi kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan jumlah dana sokongan diserah keseluruha­n lebih RM8 juta.

“Sumbangan ini bukti kesungguha­n kami terhadap masyarakat yang menjadi nilai utama organisasi kami,” katanya pada sesi penerangan media di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama; Presiden PEKA, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil serta pensyarah kanan Fakulti Ekologi Manusia UPM, Dr Indra V Selvarajah.

Tiket boleh dibeli bermula hari ini dari Box Office di Dewan Filharmoni­k PETRONAS atau tempahan menerusi toyota.com.my.

Harga tiket RM106, RM159, RM212 dan RM265 (termasuk GST).

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? (Dari kiri) Ravindran, Selvarajah, Shariffa Sabrina dan Takeyama pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] (Dari kiri) Ravindran, Selvarajah, Shariffa Sabrina dan Takeyama pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia