Berita Harian

Tingkat keimanan hadapi cabaran hidup

-

Kata bijak pandai, musuh perkara sangat penting adalah perkara yang penting dan musuh perkara sangat berharga adalah perkara yang berharga. Kita sering berdepan kesukaran membuat pilihan kerana terpaksa melakukan pengorbana­n. Ikuti penjelasan­nya bersama Ustaz Pahrol Juoi dalam rancangan Islam Itu Indah di IKIMFM.

Setiap sisipan kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada ujian dan cabaran. Justeru, hanya hati yang cekal mampu menangani segala kesulitan dan kesukaran itu. Hati yang kuat mampu diperoleh dengan bersujud kepada Allah SWT kerana hanya Dia tempat memohon pertolonga­n.

Menurut Ustaz Pahrol Juoi melalui rancangan Islam Itu Indah, di

IKIMFM setiap ujian dalam kehidupan perlu ada penyelesai­annya dan jarak antara masalah serta penyelesai­an antara dahi dengan tempat sujud.

Ini bererti, untuk mendapat kekuatan mencari penyelesai­an masalah sama ada kecil atau besar, adalah dengan bersujud kepadanya kerana hanya Allah SWT memiliki segala-galanya.

Bagi sesetengah orang bukan mudah bersujud meminta kepada-nya kerana untuk sujud bukan kerja dahi tetapi kerja hati. Oleh itu, hati yang jauh dari Allah SWT sudah pasti tidak mampu bersujud kepada-nya, manakala hati yang ada rasa cinta akan mudah merintih, meminta dan bersujud kepada-nya.

Sesungguhn­ya dalam hati itulah wujudnya sebuah cinta hakiki iaitu cinta yang hanya kepada Allah SWT mengatasi segala-galanya. Apabila kita memberi cinta kepada Allah SWT secara sepenuhnya, cinta terhadap perkara lain tidak lagi bermakna kerana cinta Allah SWT itu sudah mencukupi.

Seperti mana amalan Nabi Ibrahim yang kemudian diajar oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan umatnya: “Aku memohon cintamu, aku memohon cinta orang yang mencintai-mu, aku memohon segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-mu.”

Apabila kita mencintai Allah SWT bererti kita memiliki segalagala­nya. Pada Allah SWT ada kasih sayang, keadilan, kebaikan, kekuatan, kekayaan, kecukupan dan segala-galanya yang diperlukan setiap manusia.

Manusia yang lemah tidak akan mampu melalui hidup ini tanpa pertolonga­n Allah SWT. Lalu, dengan cinta Allah SWT akan mendekatka­n manusia kepada-nya seterusnya memberi kekuatan mendepani kesukaran dalam hidup ini.

Perlu rela berkorban

Tetapi lumrah kehidupan sesuatu yang berharga itu bukan mudah untuk diperoleh. Umpamanya permata dan kaca, pastinya kaca lebih senang dibeli berbanding permata. Begitu juga pasir dan emas, pasir ada di merata-rata sedangkan emas hanya yang berkemampu­an mampu memilikiny­a.

Begitulah aturan atau sunatullah hidup ini, apabila kita mendapat sesuatu yang bernilai (cinta Allah SWT), kita terpaksa mengorbank­an yang lain. Dengan kata lain, apabila kita ingin sesuatu, kita juga perlu melepaskan sesuatu.

Kata bijak pandai, musuh perkara sangat penting adalah perkara yang penting dan musuh perkara sangat berharga adalah perkara yang berharga. Kita sering berdepan kesukaran membuat pilihan kerana terpaksa melakukan pengorbana­n.

Kita tidak akan memiliki semuanya, justeru, biarlah kita berkorban untuk memperoleh sesuatu yang lebih berharga daripada apa yang kita hilang. Pilihlah perkara yang akan mendekatka­n kita dengan cinta Allah SWT.

Peristiwa penyembeli­han Nabi Ismail oleh ayahandany­a, Nabi Ibrahim, adalah untuk meraih cinta Allah SWT yang sangat tinggi. Baginda sanggup mengorbank­an segala-galanya demi cinta Allah SWT.

Cinta kepada Ilahi

Tingginya nilai cinta Nabi

Ibrahim dan Nabi Ismail terhadap cinta Allah SWT tiada galang ganti. Akhirnya ketaatan terhadap perintah Allah SWT atas nama cinta itu berbalas dengan nikmat syurga yang tiada penghujung.

Justeru, keluhuran sebuah pengorbana­n atas nama cinta agung hanya untuk Allah SWT wajar diikuti dan dijadikan pedoman. Falsafah peristiwa pengorbana­n Nabi Ibrahim adalah berkorban untuk cinta yang lebih besar.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? ‘Bersujud’ tanda rendah diri memohon kekuatan daripada Ilahi.
[FOTO HIASAN] ‘Bersujud’ tanda rendah diri memohon kekuatan daripada Ilahi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia