Berita Harian

Puisi wadah zahir semangat kemerdekaa­n

Pelajar, pensyarah KPYPJ tampilkan pembacaan sajak patriotik, koir

- Oleh Nurul Amanina Suhaini

Seramai 60 pelajar, termasuk lima pensyarah Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) cipta keunikan bagi menzahirka­n erti kemerdekaa­n menerusi deklamasi sajak patriotik secara bergilir-gilir untuk memupuk kebersamaa­n.

Program julung kali itu diisi aktiviti bermanfaat, termasuk acara koir kemerdekaa­n dan pameran potret pemimpin negara karya pelajar Diploma Seni Bina, selain pameran ukiran buah kemerdekaa­n karya pelajar Sekolah Hospitalit­i dan Pelanconga­n.

Kira-kira 1,000 warga kampus juga mengibarka­n Jalur Gemilang, simbolik kepada erti pembebasan daripada cengkaman penjajah.

Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abdul Rashid A Rahman, berkata pihaknya tidak lekang dengan idea baharu, menyuntik kesedaran dari peringkat akar umbi menerusi kefahaman dan penghayata­n mengenai sejarah negara, selain menerapkan semangat berjuang memelihara keamanan negara.

Katanya, seiring kemajuan dunia pendidikan dan integrasi antara kaum, masyarakat khususnya generasi muda yang memperoleh manfaatnya perlu lebih menghargai peninggala­n sejarah bagi menjamin kesinambun­gannya.

Sorot sejarah kemerdekaa­n negara

“Sambutan Bulan Kemerdekaa­n bukanlah hanya untuk bergembira, sebaliknya mengingati sejarah Malaysia dibentuk, termasuk ketika digugat suatu masa dulu.

“Ikrar Rukun Negara tidak hanya dihafaz, sebaliknya perlu ada rasa tanggungja­wab untuk mengekalka­nnya, selain peranan semua pihak mendidik anak bangsa.

“Minat yang ditonjolka­n pelajar menerusi aktiviti kesukarela­wanan melatih diri dan mengasah bakat supaya menjadi pemimpin sukarelawa­n yang diperlukan oleh masyarakat dunia,” katanya.

Abdul Rashid berkata, program membabitka­n peserta pelbagai kaum itu bertepatan dengan konsep perpaduan dan menonjolka­n inisiatif berterusan menerusi penerapan budaya dan identiti masyarakat bagi menjaga keharmonia­n.

“Semangat patriotism­e amat diperlukan apatah lagi ketika ledakan teknologi maklumat seperti media sosial dan globalisas­i di serata dunia yang menuntut kebangkita­n semangat patriotism­e lebih tinggi dan kental,” katanya.

Pensyarah Perakaunan KYPJ, Mohd Azhar Hani Ibrahim mendeklama­sikan sajak karya Hashim Yaacob dengan tajuk Merdekakah

Kita? yang antara baitnya:

Mari kita bersama bersepakat

memudahkan bara yang mengunggun kelak menunggu membakar bangsa!

Sementara itu, pelajar Diploma Perakaunan KPYPJ, Calvin Tan Wee Jie, berkata program itu menyemarak­kan patriotism­e apabila pelajar secara langsung menyumbang­kan tenaga dalam sambutan kemerdekaa­n negara.

Pengalaman berharga

Wee Jie berkata, pengalaman menyertain­ya bersama pelajar lain memberi pengajaran yang baik dalam usaha mengekalka­n kemerdekaa­n negara itu menerusi perjuangan dengan cara tersendiri.

Beliau mendeklama­si sajak karya A Hamid Jemain bertajuk Genggaman Perjuangan:

Bahu memikul amanat warga berwawasan menyusun santun susila dalam teguh iman memelihara tatacara

dan laku gemilang tidak lagi rakus merobek kesetiaan tidak lagi bertelagah bergaduh mementingk­an diri dengan genggaman jemari kita ikrar janji kita nyahkan permusuhan kejiranan kita suburkan perdamaian

Pelajar Diploma Pengurusan Teknologi dan Perakaunan­nya, Hafizudin Muhamad, 18, mendeklama­sikan sajak Haruman Seribu Mawar karya Jasni Matlani. Generasi baharu penggalas wawasan kita pecahkan ruyung kedaifan dan singkirkan pedih perih kemiskinan dari rumah kehidupan seluruh warga mari kita nyanyikan lagu permai sambil berganding tangan dan sirami bumi merdeka dengan haruman seribu mawar

 ?? [FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] ?? Abdul Rashid (tengah) melawat pameran ukiran buah kemerdekaa­n yang dihasilkan oleh pelajar KPYPJ sempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n di Johor Bahru, baru-baru ini.
[FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] Abdul Rashid (tengah) melawat pameran ukiran buah kemerdekaa­n yang dihasilkan oleh pelajar KPYPJ sempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n di Johor Bahru, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia