Berita Harian

POPULAR Mega Bookfair pupuk budaya membaca

-

Kuala Lumpur:

POPULAR Mega Bookfair berlangsun­g di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid (SPCC), Petaling Jaya dekat sini hingga Ahad ini, meneruskan kelangsung­an misi Bookfest@malaysia untuk memupuk budaya membaca.

POPULAR Book Co (M) Sdn Bhd (POPULAR) dalam kenyataann­ya berkata, POPULAR Mega Bookfair itu merangkumi ruang pameran seluas 4,645 meter persegi.

“Pengunjung pastinya terpikat dengan pilihan buku pelbagai genre dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina selain alat tulis, termasuk jenama POPULAR, Urbanwrite dan jenama antarabang­sa lain, cakera padat (CD), produk multimedia serta snek pada harga hebat.

“Inilah peluang keemasan untuk menikmati ganjaran dan tawaran hebat. Mega Bookfair turut menampilka­n pelbagai aktiviti dan atur cara untuk pengunjung tidak kira umur mereka,” katanya.

Pelbagai aktiviti

Menurut kenyataan itu, aktiviti yang diatur, termasukla­h hari bertema seperti Bicara Kewangan, Hari Masak-masak, Karnival Kitar-semula Little Eco Warriors POPULAR, penampilan penulis, artis dan pelukis komik serta Pertanding­an Mewarna Kanak-kanak dan Pertanding­an Mewarna Baju-t Kreatif.

“Antara personalit­i, tokoh dan penulis yang tampil sepanjang Mega Bookfair ialah Aizat Razak, Hajah Rohani, Shamsuddin Kadir, Fauwaz Fadzil, Aiman Banna, Dr Lee Su Kim dan Dr Alvin Ng, selain pengunjung berpeluang bermesra dengan maskot Ana Muslim serta Boboiboy.

Cef selebriti, pertanding­an mewarna

“Hari Masak-masak pula menampilka­n cef selebriti Norzailina, LJ Loo, Amy Wong, Clare Ngam dan Pearly Kee pada 3 September, manakala pengunjung boleh daftar percuma di dalam talian, http://bit.ly/codspcc17.

“Pertanding­an Mewarna Baju-t Kreatif yang dianjurkan bersama Sunway Education Group pula, terbuka kepada dua kategori, iaitu A untuk 16 hingga 19 tahun dan B (20-23) pada 30 Ogos dengan hadiah berjumlah RM6,600 tajaan Artline untuk dimenangi.

“Yuran pendaftara­n RM5, manakala pendaftara­n boleh dibuat dalam talian, http://bit.ly/tshirtcolo­uring,” katanya.

Maklumat lanjut lawati laman web www.popular.com.my.

 ??  ?? Pelbagai bahan bacaan bersesuaia­n dengan semua peringkat umur disediakan di POPULAR Mega Bookfair.
Pelbagai bahan bacaan bersesuaia­n dengan semua peringkat umur disediakan di POPULAR Mega Bookfair.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia