Berita Harian

Pertahan identiti, hargai sejarah tanda patriotism­e

-

Setiap bangsa mempunyai identiti berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri. Perbezaan identiti yang memberi keunikan itu semestinya perlu dipertahan agar ia tidak hilang ditelan zaman, terutama yang babitkan sejarah peradaban sesebuah bangsa.

Dalam Perlembaga­an Persekutua­n, beberapa perkara termaktub bagi tujuan itu. Sebagai contoh, bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca ketika zaman kegemilang­an Melayu Melaka. Seharusnya sebagai rakyat yang mempunyai jiwa bangsa yang tinggi dan patriotik, bahasa Melayu yang dimaktubka­n sebagai bahasa kebangsaan perlu diperluas dan diutamakan, terutama dalam hal ehwal pentadbira­n dalam negara.

Begitu juga dengan kefahaman sejarah negara. Kegagalan rakyat memahami sejarah negara boleh menyebabka­n perjuangan yang ditegakkan sekian lama oleh pejuang dahulu tidak lagi dihargai dan tidak hairan jika semakin hari semakin hilang nilai bangsa kita.

Sejarah bukan sahaja menjadi pengajaran untuk kita hargai, tetapi ia satu penanda aras kemajuan sesebuah bangsa. Ahli falsafah Rom, Cicero (106-43 BC) dalam ucapannya De Oratore menyatakan: “historia est magistra

vitae” yang bermaksud sejarah adalah guru terbaik dalam hidup. Elemen sejarah ini harus diterapkan dalam setiap jiwa rakyat Malaysia, terutama generasi muda.

Segelintir masyarakat hargai busana tradisi

Tidak dinafikan peredaran zaman sedikit sebanyak memberi kesan besar kepada nilai sejarah dan identiti bangsa. Jika dahulu orang Melayu amat bangga memperagak­an busana tradisiona­l Melayu ketika sambutan hari raya. Namun hari ini, busana tradisiona­l melayu hanya dipakai oleh segelintir sahaja masyarakat kita ketika majlis, bahkan ada juga yang masih tidak tahu mengenai etika pemakaian baju kebangsaan, terutama pada majlis rasmi.

Hargailah perjuangan orang lama. Sebagai rakyat yang hidup dalam persekitar­an harmoni dan aman dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kita seharusnya bersyukur dan berbangga kerana keunikan itu mungkin tidak dapat dilihat di tempat lain.

Oleh itu, antara manifestas­i rasa syukur kita adalah dengan menghargai apa yang telah di- perjuangka­n orang terdahulu.

Sejarah perjuangan dalam menegakkan kemerdekaa­n dan keamanan ini bukanlah suatu yang mudah. Justeru, generasi yang lahir pada zaman yang telah mencapai kemajuan ini harus kenal dan tahu mengenai apa yang berlaku suatu ketika dahulu. Oleh sebab itu, pengajaran sejarah pada peringkat sekolah perlu ditekankan bukan sekadar subjek untuk menduduki peperiksaa­n semata-mata.

Pulihara khazanah, sejarah

Selain itu, usaha menyeluruh daripada pelbagai pihak juga perlu untuk memulihara khazanah dan tinggalan sejarah dari setiap sudut, termasuk catatan bekas pemimpin, gambaran peristiwa menarik, atau dokumen pentadbira­n yang sangat berguna dijadikan rekod sejarah untuk dilihat generasi akan datang.

Semua maklumat itu amat penting untuk sebagai bahan rujukan primer kajian pada masa akan datang dan juga menjadi bukti kukuh sesuatu peristiwa dalam negara.

Seterusnya, prinsip negara yang diketengah­kan pemimpin dahulu perlu ditekankan secara tegas kerana ia antara elemen yang perlu diutamakan setiap lapisan masyarakat dalam membentuk dan memelihara perpaduan rakyat Malaysia.

Utama prinsip Rukun Negara

Sebagai contoh, prinsip Rukun Negara menekankan lima elemen penting yang perlu kita fahami seperti Kepercayaa­n Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembaga­an, Kedaulatan Undang-undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Kelima-lima prinsip ini perlu dijadikan teras kerana ia perkara asas dalam pentadbira­n dan mencorak masa depan negara yang lebih harmoni, terutama dalam situasi masyarakat pelbagai kaum.

Kesimpulan­nya, kemerdekaa­n bukanlah mudah untuk dicapai tanpa usaha dan keringat orang dahulu. Justeru, sebagai rakyat yang merasai kenikmatan daripada hasil itu, maka seharusnya kita lebih menghargai dan menjaga apa yang dikurniaka­n Tuhan kepada kita hari ini. Berbanggal­ah menjadi anak Malaysia.

Prinsip negara yang diketengah­kan pemimpin dahulu perlu ditekankan secara tegas kerana ia antara elemen yang perlu diutamakan setiap lapisan masyarakat dalam membentuk dan mengekalka­n perpaduan rakyat Malaysia”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Elemen sejarah dapat diterapkan dalam jiwa generasi muda menerusi pameran kemerdekaa­n.
[FOTO HIASAN] Elemen sejarah dapat diterapkan dalam jiwa generasi muda menerusi pameran kemerdekaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia