Berita Harian

Pyongyang pertahan serangan

Provokasi Washington tingkat latihan ketenteraa­n bersama Korea Selatan antara alasan lancar peluru berpandu balistik

- Geneva

Korea Utara semalam mempertaha­nkan ‘tindakan tegas balas’ terhadap apa yang digambarka­n sikap agresif Amerika Syarikat (AS), beberapa jam selepas negara bersenjata nuklear itu melepaskan peluru berpandu balistik di ruang udara Jepun.

Berucap pada Persidanga­n Gencatan Senjata Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) di sini, Duta Korea Utara, Han Tae-song mengelak menyebut secara langsung serangan roketnya ke arah Jepun, sekali gus mencetus kebimbanga­n antarabang­sa.

“Oleh kerana AS secara terbuka mengisytih­arkan niat buruknya terhadap Korea Utara dengan meningkatk­an latihan ketenteraa­n bersama secara agresif walaupun sudah diberi amaran, negara saya mempunyai semua alasan untuk bertindak balas dengan lebih tegas hak untuk mempertaha­nkan diri,” kata Tae-song.

Katanya, Washington perlu bertanggun­gjawab terhadap ‘akibat malapetaka’ yang mungkin berlaku susulan ketegangan meningkat di Semenanjun­g Korea.

Jepun berang

Pelancaran peluru berpandu semalam berlaku ketika latihan tentera bersama tahunan Ulchi Freedon Guardian Korea Selatan-as yang sering dikecam Pyongyang sebagai latihan penceroboh­an.

Pelancaran roket itu disambut tindak balas berang daripada kerajaan Jepun dengan Perdana Menteri Shinzo Abe berkata, ia adalah ancaman serius tidak dijangka, sementara Majlis Keselamata­n PBB memanggil mesyuarat tergempar atas permintaan Tokyo dan Washington di New York.

AS dan Jepun bersedia meningkatk­an tekanan ke atas Pyongyang selepas pelancaran roket semalam melalui ruang udara Tokyo jatuh di Lautan Pasifik.

Siren amaran dibunyikan dan mesej teks dikeluarka­n di seluruh utara Jepun memberi amaran kepada penduduk di laluan roket. Khidmat kereta api tergendala ketika penumpang digesa berlindung dalam stesen.

Kali terakhir sebuah roket Korea Utara terbang di ruang udara Jepun adalah pada 2009 ketika Pyongyang mendakwa ia satu pelancaran satelit. Washington, Seoul dan Tokyo percaya ia adalah ujian rahsia peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Korea Selatan berkata, ujian terbaru itu dilancarka­n dari Sunan, berhampira­n Pyongyang dan terbang sejauh 2,700 kilometer pada altitud maksimum 550 kilometer.

Guam terletak 3,500 kilometer dari Korea Utara, walaupun peluru berpandu terbabit dilepaskan pada arah timur dan bukan pangkalan AS, menempatka­n 160,000 penduduk serta pos tentera.

Dalam persidanga­n PBB di sini, beberapa wakil termasuk dari AS, Kesatuan Eropah (EU), Jepun dan Australia mengambil peluang mengecam Korea Utara berhubung pelancaran roket terbaru.

“Harapan saya, Korea Utara me namatkan tindakan provokasi seperti ini,” kata Duta AS Robert Wood.

 ??  ?? Kumpulan senjata trajektori tinggi howitzers K-9 digerakkan berhampira­n sempadan Korea di Paju, Utara Seoul, semalam selepas Korea Utara melepaskan ICBM di ruang udara Jepun.
Kumpulan senjata trajektori tinggi howitzers K-9 digerakkan berhampira­n sempadan Korea di Paju, Utara Seoul, semalam selepas Korea Utara melepaskan ICBM di ruang udara Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia