Berita Harian

5 maut, pengebom letup diri luar bank

Kejadian dekat Kedutaan AS di Kabul ketika pelanggan ambil wang gaji sambut Aidiladha

-

Serangan pengebom bunuh diri di sebuah bank hampir dengan pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu kota ini meragut sekurang-kurangnya lima nyawa dan mencederak­an beberapa lain dalam serangan didakwa dilakukan Taliban.

Ia adalah siri serangan terbaru mengenai ibu kota ini, tiga bulan selepas sebuah bom trak memusnahka­n kawasan sama, mengorbank­an 150 orang dan mencederak­an 400 lain.

Jurucakap Kementeria­n Dalam Negeri, Najib Danish berkata, laporan terbaru menunjukka­n lima termasuk seorang pengawal maut manakala lapan orang awam cedera. Taliban kemudian mengaku bertanggun­gjawab atas serangan itu menerusi media sosial.

Letupan ragut nyawa

Laporan Reuters menyebut, letupan di kawasan sibuk dengan pelanggan yang mahu mengeluark­an wang gaji sempena cuti Aidiladha hujung minggu ini.

Dalam kenyataan berasingan, jurucakap Kementeria­n Kesihatan Awam Waheed Majroh berkata, seorang maut dan lapan yang cedera dibawa ke hospital di ibu kota ini.

Serangan berlaku kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan di sebatang jalan dipenuhi kedai dan bank menuju ke Dataran Massoud, berhampira­n kawasan diplomatik ibu kota ini dan Kedutaan AS.

Kabul Bank, institusi kewangan persendiri­an biasanya membayar gaji anggota keselamata­n dan kakitangan kerajaan.

Tiada pengakuan

Imej disiarkan televisyen Afghanista­n menunjukka­n bahagian luaran bank yang musnah.

Taliban ketika ini berada pada kemuncak serangan musim panas dan melancarka­n beberapa tentangan maut di seluruh negara sejak beberapa minggu lalu.

Kejadian itu adalah yang terbaru menggegark­an ibu negara Afghanista­n selepas Presiden Donald Trump mengundurk­an tentera AS.

Pada 3 Mei lalu, satu letupan kuat menyasar konvoi asing berhampira­n Kedutaan AS dan Ibu Pejabat NATO mengorbank­an sekurang-kurangnya lapan orang dan mencederak­an 28 lain ketika waktu puncak awal pagi.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Keadaan tempat serangan pengebom bunuh diri di luar bank di Kabul, semalam. Gambar kiri, menunjukka­n mangsa yang cedera diberi rawatan.
[ FOTO REUTERS ] Keadaan tempat serangan pengebom bunuh diri di luar bank di Kabul, semalam. Gambar kiri, menunjukka­n mangsa yang cedera diberi rawatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia