Berita Harian

Trump lawat mangsa Taufan Harvey

-

Houston: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Texas semalam untuk meninjau operasi bantuan susulan serangan Taufan Harvey, bencana alam pertama ketika pentadbira­nnya.

Ribut itu membawa banjir teruk di Texas, mengorbank­an sekurangku­rangnya sembilan orang, menjurus pemindahan besar-besaran serta melumpuhka­n bandar keempat paling padat di AS di sini.

Ia juga mengancam pasaran tenaga serta membawa kerosakan dianggarka­n bilion dollar, dengan pembinaan semula kemungkina­n berakhir selepas selesai empat tahun penggal pertama Trump.

Trump dan isterinya Melania tidak dijangka melawat bandar ini, ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus membantu mangsa terkandas selepas Harvey mungkin menyerang lagi.

Sebaliknya pasangan pertama itu akan singgah di bahagian barat, termasuk Corpus Christi, untuk mendengar taklimat bantuan ketika banjir buruk melumpuhka­n beberapa bahagian di tenggara negeri itu dalam taufan dahsyat pertama melanda Texas untuk tempoh 50 tahun.

“Pentadbira­n saya sedang menyelaras rapat dengan pihak berkuasa negeri dan tempatan di Texas dan Louisiana untuk menyelamat­kan nyawa dan kami mengucapka­n terima kasih kepada pihak memberi maklum balas pertama serta semua yang terbabit dalam usaha itu,” kata Trump kepada media di Rumah Putih kelmarin.

Rumah Putih berkata, Presiden AS kemudian menuju ke Austin untuk bertemu pegawai, mendengar taklimat serta melawat pusat operasi kecemasan.

Peramal kaji cuaca membanding­kan Harvey dengan serangan Katrina yang membadai New Orleans pada 2005 serta mengorbank­an 1,800 orang.

Bencana alam paling mahal

Pentadbira­n Presiden George W Bush ketika itu menarik kritikan bahawa tindak balasnya amat lambat dan tidak mencukupi, kritikan yang memberi tamparan hebat terhadap pentadbira­nnya.

Kerosakan banjir di Texas akibat Harvey mungkin menyamai Katrina, bencana alam paling mahal dalam sejarah AS, kata kumpulan penyelidik­an insurans Ahad lalu.

Di Texas, ribuan anggota Pengawal Kebangsaan, pegawai polis, pekerja penyelamat dan orang awam menggunaka­n helikopter, bot dan trak tinggi bagi menyelamat­kan ribuan penduduk terkandas dalam banjir yang menukar jalan raya kepada sungai dan air sampai ke paras dada di beberapa kejiranan.

Datuk bandar Houston, Sylvester Turner berkata lebih 8,000 orang dipindahka­n selepas mereka memilih untuk tidak meninggalk­an bandar itu sebelum Harvey melanda hujung minggu.

 ?? [FOTOAFP] ?? Penduduk membersihk­an rumah selepas serangan Taufan Harvey di Rockport, Texas, kelmarin.
[FOTOAFP] Penduduk membersihk­an rumah selepas serangan Taufan Harvey di Rockport, Texas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia