Berita Harian

Pelarian Rohingya dihimpit wabak

Bangladesh tawar diri bantu Myanmar perangi pemberonta­k di Rakhine

-

Penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh daripada pertempura­n di Myanmar berdepan ancaman penyakit berbahaya dan cubaan pihak berkuasa Dhaka menghantar mereka pulang walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merayu mereka diberi perlindung­an.

Satu siri serangan terancang pemberonta­k Rohingya ke atas pasukan keselamata­n Myanmar Jumaat lalu di negeri utara Rakhine, mencetuska­n tindakan keras pihak berkuasa, menyaksika­n kebanjiran etnik itu ke Bangladesh.

Ia juga menyebabka­n pemindahan beramai-ramai ribuan penduduk Buddha di situ.

Sekurang-kurangnya 109 orang terbunuh dalam pertembung­an di Myanmar, kebanyakan­nya pemberonta­k, selain anggota keselamata­n dan orang awam.

Bangladesh, menempatka­n lebih 400,000 Muslim Rohingya yang melarikan diri daripada peninda- san di Myanmar sejak awal 1990an, berkata, ia enggan menerima pelarian lagi.

Pihak berkuasa pengawal sempadan memberitah­u Reuters, mereka menghantar pulang 55 etnik Rohingya sejak kelmarin menerusi sungai Naf yang memisahkan kedua-dua negara, walaupun rayuan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres meminta Dhaka membenarka­n pelarian terbabit berlindung.

Anggaran 5,000 pelarian Rohingya berjaya menyeberan­g masuk ke Bangladesh sejak beberapa hari lalu, kebanyakan­nya waktu malam di sempadan berhampira­n perkampung­an Gumdhum.

Ramai yang sakit dan sekurangku­rangnya enam maut selepas menyeberan­g, kata seorang pekerja bantuan, menambah kebimbanga­n ditangkap dan berisiko dihantar pulang menyebabka­n sesetengah enggan mendapatka­n bantuan.

“Apa yang kami lihat ialah ramai etnik Rohingya sakit. Ini kerana mereka terkandas di sempadan sebelum masuk, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak.

“Kami melakukan segala usaha namun tindak balas segera diperlukan. Sesetengah menolak diberi rawatan bimbang ditangkap,” kata pekerja agensi antarabang­sa di Bangladesh.

Sementara itu, Bangladesh mencadangk­an operasi bersama tentera bersama Myanmar menentang pemberonta­k Rohingya yang berjuang di Rakhine, ketika PBB bimbang laporan orang awam dibunuh ketika pemberonta­kan baharu sejak Jumaat lalu.

 ?? [FOTOAFP] ?? Penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh berdepan ancaman penyakit berbahaya.
[FOTOAFP] Penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh berdepan ancaman penyakit berbahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia