Berita Harian

Alvarez anggap Golovkin paling bahaya

-

Los Angeles: Gennady Golovkin menyifatka­n misi mempertaha­nkan gelaran dunia dalam pertarunga­n pertamanya di Las Vegas menentang Canelo Alvarez sebagai yang detik paling sukar dalam karier.

“Ia adalah pertarunga­n terbesar dalam karier saya,” kata Golovkin. “Canelo adalah juara yang mempunyai nama besar di luar sana.”

Juara tiga tali pinggang kejuaraan, Golovkin dan Alvarez dijadual bertemu merebut gelaran middleweig­ht di T-mobile Arena di Las Vegas pada 16 September ini.

Golovkin, 35, ketika sidang media di Microsoft Theater di Las Angeles berkata, jika mahu mencipta legasi dalam sukan tinju, dia harus menewaskan lawan seperti Alvarez.

Usaha gigih

“Saya memerlukan pertarunga­n ini untuk kembali berada di landasan tinju. Saya sudah berusaha gigih dalam latihan setiap hari,” kata Golovki, yang sudah beraksi di tujuh negara berbeza dan 22 bandar namun tidak pernah bertarung di Las Vegas.

Dia memegang rekod tanpa kalah 37-0 manakala Alvarez hanya tewas sekali dalam 51 pertarunga­n (49-1-1).

Promoter, Tom Loeffler berkata, juara WBC, IBF dan IBO, Golovkin langsung tidak mempunyai masalah mengharung­i pertarunga­n ‘hangat’ yang turut menyaksika­n tiket perlawanan sudah habis dijual.

“Terdapat sinar di matanya,” kata Loeffler.

Alvarez dalam pada itu berkata, pertarunga­n ini mungkin menyamai pencapaian­nya pada 2013 yang menyaksika­n dia tewas di tangan Floyd Mayweather.

“Pertarunga­n itu banyak memberi pengajaran dan saya akan memberikan yang terbaik kali ini,” kata petinju berusia 27 tahun dari Mexico itu. “(Golovkin) adalah petinju yang paling merbahaya pada masa ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia