Berita Harian

Venus, Isner galas tugas berat julang AS

-

New York: Serena Williams tidak menyertai Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun ini bagi mempersiap­kan diri menyambut kelahiran anak sulungnya, namun jika ada juara dari AS di Flushing Meadows sekali lagi, pastinya ia adalah daripada keluarga Williams.

Ketika pemain lelaki AS terus dihimpit kemarau kejuaraan berpanjang­an di era Terbuka ini, Venus Williams mengepalai penguasaan AS ke pusingan kedua apabila mencatat kemenangan 6-3, 3-6, 6-2 ke atas Viktoria Kuzmova dari Slovakia.

Pemain berusia 37 tahun yang kali terakhir menjuarai gelaran di New York pada 2002, berada di tahap keyakinan tertinggi selepas mara dalam dua final Grand Slam tahun ini di Australia dan Wimbledon.

“Saya rasa permainan saya seperti semakin meningkat di kejohanan utama,” kata Williams. “Itu yang saya rasakan, seakanakan sudah bersedia.”

Sloan Stephens meneruskan rentak mengagumka­n selepas kembali daripada kecederaan panjang, menewaskan pemain Itali yang juga naib juara dua tahun, Roberta Vinci, 7-5, 6-1.

Paling terbaik

“Sebelum cedera, saya hanya bermain beberapa perlawanan,” kata pemain AS itu. “Saya tahu, ia akan mengambil sedikit masa tetapi saya memang mahu kembali berada di tahap sebelum ini. Saya tidak fikir ia akan terjadi lagi pada kejohanan ketiga. Ia lebih baik berbanding daripada apa yang saya harapkan.”

Ketika Serena Williams banyak memberikan kegembiraa­n buat penyokong di laman sendiri sejak kebelakang­an ini, sebenarnya ia sudah 14 tahun mereka tidak memiliki juara dalam kategori lelaki - kali terakhir ketika Andy Roddick muncul juara pada 2003.

Malah, sejak 2008, pencapaian paling terbaik adalah pada 2011 di mana Roddick dan John Isner mara ke pusingan suku akhir.

Ketiadaan nama besar - Andy Murray, Novak Djokovic dan Stan Wawrinka membuka peluang buat mereka tahun ini, ketika Isner dan Sam Querrey jelas menampilka­n prestasi menarik di hari pertama.

Saya rasa permainan saya seperti semakin meningkat di kejohanan utama. Itu yang saya rasakan, seakan-akan sudah bersedia” Venus Williams, Pemain tenis Amerika Syarikat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia