Berita Harian

Sharapova gah singkir Halep

Raih kemenangan sulung dalam penampilan sulung di Grand Slam

-

Maria Sharapova meraih kemenangan dalam penampilan pertamanya di Grand Slam sejak tempoh penggantun­gannya berakhir dengan menewaskan pilihan kedua Simona Halep 64, 4-6, 6-3 di Terbuka Amerika Syarikat (AS), semalam.

Sharapova menegaskan, dia tidak pernah berhasrat untuk bersara meskipun pernah menjalani penggantun­gan selama 15 bulan selepas gagal dalam satu ujian dadah di Terbuka Australia 2016.

Penggantun­gan juara major lima kali dan bekas nombor satu dunia itu berakhir April lalu dan terlepas kejohanan Terbuka Perancis dan Wimbledon, tahun ini.

“Kamu cuba dan memikirkan­nya, satu lagi peluang tetapi masih banyak lagi,” kata Sharapova yang melutut sambil menitiskan air mata sebaik saja meraih kemenangan yang ketujuh dalam tujuh pertembung­an dengan Halep.

“Kamu sama sekali tidak akan tahu bagaimana perasaanny­a sehinggala­h mata penentu tetapi ia nyata berbaloi,” katanya.

Tidak menyerah kalah

Sharapova, 30, yang memerlukan slot wild card untuk menyertai kejohanan yang pernah dimenangin­ya pada 2006 selepas kedudukan ranking dunianya turun ke tangga 146, memberi peringatan kepada pengkritik - dia tidak pernah mempunyai istilah menyerah kalah dalam kamus kariernya.

“Di sebalik pakaian hitam dan kristal Swarovski ini, terdapat seorang wanita yang mempunyai banyak semangat dan dia tidak akan ke manamana.”

Mengulas mengenai lawannya Halep, Sharapova berkata: “Simona dan saya saling menghormat­i. Ia sentiasa menjadi pertarunga­n sukar. Saya tahu yang saya perlu berusaha gigih untuk meraih kemenangan.”

 ??  ?? Sharapova meraih kemenangan sulung di Grand Slam selepas tempoh penggantun­gannya berakhir.
Sharapova meraih kemenangan sulung di Grand Slam selepas tempoh penggantun­gannya berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia