Berita Harian

‘Saya mahu jersi nombor 1’

Butland tekad rebut status penjaga gawang utama England

-

Jack Butland sedang mengintai untuk menyarung jersi nombor satu bersama pasukan England menjelang pertembung­an kelayakan Piala Dunia, menentang Malta dan Slovakia.

Penjaga gol Stoke itu mahukan slot selaku penjaga gol utama yang disandang kini Joe Hart dan jurulatih, Gareth Southgate jelas memberi pertimbang­an serius mengenainy­a.

Southgate kagum dengan persembaha­n dipamerkan Butland ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Arsenal, manakala Hart sudah melepaskan 10 gol dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama West Ham.

“Semua orang tahu nombor 1 adalah perkara yang saya mahukan. Namun kamu harus berusaha untuk memilikiny­a,” kata Butland. “Harap saya berada di landasan. Kita akan lihat apa yang berlaku nanti.

Masih banyak masa

“Saya berasa baik, saya juga bermain dengan baik. Saya akan terus berharap untuk sering diturunkan tetapi ia berkaitan dengan usaha saya bagi meletakkan nama saya diangkat.

“Saya mempunyai persaingan yang sengit. Saya sentiasa berharap untuk beraksi bersama England dan berlatih dengan pemain lain. Saya akan cuba lakukan apa saja untuk mencapai hasrat ini.”

Butland mempunyai lima kap bersama England, namun hanya sekali beraksi di pentas kompetitif ketika bertemu Lithuania pada Oktober 2015 dan terlepas aksi tahun lalu kerana kecederaan buku lali.

Southgate adalah seorang yang mengagumi pemain berusia 24 tahun itu ketika bekerja bersama di peringkat Bawah 21 tahun England.

“Saya masih muda, saya mempunyai banyak masa lagi,” kata Butland. “Tidak perlu tergesa-gesa. Saya berasa cergas dan kembali di tahap seperti sebelum ini.

“Saya mempunyai kecederaan, saya pernah melalui masa sukar, saya terlepas Kejohanan Eropah, tetapi yang paling utama adalah ke Russia pada musim panas nanti, itu yang saya mahukan.” Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia