Berita Harian

Coutinho sertai latihan Brazil

-

Rio de Janeiro: Pemain tengah Liverpool, Philippe Coutinho sudah bersedia untuk aksi kelayakan Piala Dunia pasukan Brazil menentang Ecuador dan Colombia meskipun harus berhati-hati dengan tahap kecergasan­nya, kata doktor peribadiny­a.

Pemain berusia 25 tahun itu terlepas tiga aksi Liverpool dalam kancah Liga Perdana Inggeris musim ini dengan The Reds mengetepik­annya kerana kecederaan di bahagian belakang.

Namun Coutinho tetap menjalani latihan seperti biasa bersama skuad Selecao di bandar Porto Alegre kelmarin, selepas kunjungan ke Rio de Janeiro, lokasi di mana dia menjalani pemeriksaa­n kesihatan bersama doktornya, Michael Simoni.

Saling percaya

Simoni berkata, pemain itu masih belum pasti mengenai masa depannya meskipun spekulasi terus bertiup kencang yang menyatakan dia bakal menyertai Barcelona.

“Philippe datang untuk berbincang mengenai hal peribadiny­a,” kata Simoni seperti dipetik Globo Esporte. “Kami berdua saling mempercaya­i antara satu sama lain. Dia cergas sepenuhnya untuk beraksi dalam kelayakan.”

Brazil, sudah menjamin tempat ke Piala Dunia di Russia tahun depan, mendahului zon Amerika Selatan dalam carta kedudukan dengan 33 mata daripada 14 perlawanan yang sudah disertai.

Skuad itu dijadual bertemu Ecuador di Porto Alegre, Jumaat ini sebelum berdepan Colombia di Barranquil­la, lima hari kemudian. Agensi

 ??  ?? Coutinho (kiri) berlatih bersama skuad Brazil di Porto Alegre, kelmarin.
Coutinho (kiri) berlatih bersama skuad Brazil di Porto Alegre, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia