Berita Harian

‘Tiket bukan untuk ahli politik’

Presiden FAM tegaskan penyokong nadi kepada bola sepak negara

- Oleh Zuraidah Mohamed

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menegaskan bahawa keutamaan menonton perlawanan bola sepak di stadium, harus sentiasa diberikan kepada penyokong tanah air.

Dalam catatan terbaharu menerusi portal Facebook rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor, bertitah penyokong bola sepak adalah nadi yang memberikan semangat kepada pasukan, sama ada kelab atau negara.

Tidak bermakna

“Teringat saya sewaktu perlawanan penting JDT yang berlangsun­g di Stadium Larkin (Piala Sumbangsih) dan Stadium Shah Alam (Piala FA) suatu ketika dahulu.

“Waktu itu, begitu ramai ahli politik serta pegawai tinggi kerajaan negeri saya yang ingin mengambil kuota tiket sehingga mencecah sehingga dua ribu (2,000) keping.

“Namun saya bertitah kepada Kapten Fahmy, Pegawai Tadbir Askar Timbalan Setia Negeri Johor, bahawa saya tidak bersetuju dan hanya sedikit sahaja diberikan kepada mereka dan selebihnya diberikan kepada para penyokong.

“Penyokong bola sepak adalah nadi yang memberikan semangat kepada pasukan bola sepak sama ada kepada kelab atau pun pasukan negara. Bola sepak tidak bermakna tanpa penyokong,” titahnya.

Kenyataan Tunku Ismail itu dipercayai merujuk kekecohan yang berlaku kelmarin apabila puluhan ribu penyokong tempatan hampa dan berputih mata kerana gagal mendapatka­n tiket untuk menonton perlawanan akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara Malaysia dan Thailand, malam tadi. Presiden FAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia