Berita Harian

Wushu, badminton raih perak

-

Taipei: Kontinjen negara di Sukan Universiti Dunia (Universiad­e) 2017, Taipei menambah tiga pingat perak dan dua gangsa, semalam dalam acara wushu dan badminton untuk merekod pencapaian terbaik Malaysia di temasya berkenaan.

Pada hari terakhir acara wushu semalam, Malaysia cemerlang menambah dua perak menerusi acara nanquan dan nangun lelaki menerusi Calvin Wai Leon Lee serta nanquan dan nandao wanita oleh Tan Cheong Min.

Tanpa kehadiran atlet China, Leon Lee yang mengutip 18.85 mata tidak mampu menyaingi atlet tuan rumah, Hou Kai-kuei yang meraih catatan tertinggi dengan 19.18 mata.

Sementara itu, harapan Cheong Min untuk meraih emas terkubur di tangan atlet China Lai Liuyan dengan gangsa dirangkul atlet Iran, Fatemah Heidari.

“Syukur dan berbangga dengan pencapaian ini, sekali gus wushu menjadi sukan yang berjaya membantu pencapaian pingat kontinjen Universiad­e serta pencapaian terbaik negara kali ini,” kata pengurus skuad wushu, Sharel Rizel Dzahari dengan wushu menyumbang keseluruha­n satu gangsa dan dua perak.

Rashid bengang

Sementara itu, kejayaan meraih gangsa oleh kem badminton sedikit tercalar apabila pemain perseorang­an, Zulfadli Zulkifli menarik diri tanpa memaklumka­nnya kepada jurulatih, Rashid Sidek sekali gus mengundang rasa kurang senang legenda itu.

“Saya terkilan dengan Zulfadli yang menarik diri pada awal permainan, dia harus lebih profesiona­l dan habiskan permainan, menang kalah belakang cerita.

“Dalam perlawanan sebelum ini saya tidak nampak pun dia membawa kecederaan ke sini dan kalau cedera kenapa tidak maklumkan kepada saya,” kata Rashid.

Kem badminton negara pula menyumbang satu perak dan dua gangsa semalam menerusi beregu campuran, Nur Mohd Azrin Ayub-goh Yea Ching.

Dua gangsa diraih menerusi perseorang­an wanita dan beregu lelaki selepas kedua-duanya tersekat di saingan peringkat separuh akhir.

Setakat ini, kontinjen negara sudah memenangi tiga perak dan empat gangsa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia