Berita Harian

Atlet negara tambah 29 emas lagi

Skuad silat paling cemerlang apabila memenangi tujuh emas

- Oleh Khairil S Iswan

Selepas melengkapk­an sasaran 111 pingat emas kelmarin, semangat kontinjen negara dalam menambah koleksi emas tidak terhenti, sebaliknya terus menuai 29 lagi kilauan emas semalam - kutipan terbanyak sejak 16 hari temasya serantau itu berlangsun­g.

Bagaimanap­un, harapan kontinjen negara meraih ibu segala pingat tidak kesampaian apabila skuad bola sepak negara tewas dalam aksi final menentang Thailand di Stadium Shah Alam sekali gus gagal menebus kekecewaan tewas kepada lawan itu pada final 2001.

Apapun, kutipan 29 emas itu menyaksika­n kontinjen negara secara keseluruha­n sudah mengumpul 140 emas keseluruha­n dan mereka boleh menambah lagi angka itu apabila baki tujuh emas lagi dipertandi­ngkan sebelum obor temasya dipadamkan, malam ini.

Berdasarka­n pungutan pingat semalam, skuad silat paling cemerlang apabila memenangi tujuh emas di Stadium Juara, Bukit Kiara sekali gus membolehka­n mereka mengumpul 10 emas keseluruha­n untuk melepasi sasaran lapan emas yang ditetapkan Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).

Di Pusat Akuatik Nasional, penerjun negara juga membuktika­n mereka berada di kelas yang berbeza apabila menuai kesemua tiga emas yang ditawarkan.

Sapu bersih

Situasi sama di Velodrom Nasional, Nilai Negeri Sembilan apabila skuad yang diketuai juara keirin dunia, Azizulhasn­i Awang menyapu bersih keempat-empat emas yang ditawarkan.

Secara rawak, Malaysia konsisten mengutip emas bermula hari pertama emas ditawarkan 16 Ogos lalu menerusi chinlone.

Pungutan kedua emas paling banyak dikutip pada 22 Ogos lalu dengan 16 emas yang turut disumbangk­an Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan.

Satu-satunya hari yang menyaksika­n kontinjen negara gagal meraih emas ialah pada 19 Ogos di mana hanya empat pingat emas ditawarkan sempena pembukaan temasya itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia