Berita Harian

Hari penuh emosi buat Anja

- Oleh Naqib Nor Said dan Farah Azharie

Kuala Lumpur: Ia menjadi hari yang penuh emosi buat Anja Chong dan Mohamad Ariff Rasydan yang memenangi pingat emas dan gangsa pada aksi pembukaan acara 'short track' luncur ais di Empire City Mall, Damansara Perdana, semalam.

Anja, yang begitu emosi, dilihat mengalirka­n air mata sewaktu dikalungka­n pingat emas tatkala melihat bendera Malaysia berkibaran sambil diiringi lagu Negaraku selepas memenangi acara short track 500 meter wanita.

“Keluarga saya banyak melakukan pengorbana­n sepanjang tempoh sukar yang saya lalui dengan sentiasa memberi sokongan dan ini juga seperti kemenangan mereka walaupun saya yang menang.

“Saya hanya mahu berterima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dan semua yang menyokong saya dan emas ini untuk anda semua.”

Dibatalkan penyertaan

Peluncur berusia 24 tahun itu meraih emas selepas menamatkan saingan dengan catatan masa 48.448 saat untuk mengatasi peserta pilihan dari Singapura, Cheyenne Goh yang terjatuh di final pusingan kedua.

Cheyenne terjatuh selepas dihimpit seorang lagi peluncur negara Ahsley Chin yang dibatalkan penyertaan tatkala perak dimenangi Vorravalan Leechinnap­hat dari Thailand dengan Cheyenne sekadar berpuas hati dengan gangsa.

Seperti Anja, Ariff turut beremosi selepas tanpa dijangka meraih gangsa acara short track 500m lelaki susulan penyertaan rakan sepasukann­ya Devin Wong dan Teerasak Boonpok (Thailand) dibatalkan.

“Saya tidak menyangkan­ya dan ini untuk ibu bapa dan adik saya atas apa yang kami lalui bersama sehingga ada kalanya kami pernah hampir berputus asa.”

Emas menjadi milik Triphop Thongngam dari Thailand dengan peserta Indonesia Steavanus Wihardja meraih perak.

 ??  ?? Anja Chong
Anja Chong
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia