Berita Harian

‘Emas untuk arwah bapa tersayang’

Ain bangkit daripada ketinggala­n sebelum tumbangkan atlet Thailand

- Oleh Fardy Bungga

“Alhamdulli­lah, pingat emas ini untuk arwah ayah saya,” demikian reaksi atlet muay thai, Ain Kamaruddin sejurus meraih pingat emas acara 57 kilogram, semalam.

Ain yang masih dalam kesedihan selepas bapanya, Kamarrudin Hamzah meninggal dunia akibat barah usus minggu lalu berjaya bangkit daripada ketinggala­n sebelum menang tipis ke atas pencabar dari Thailand, Thachtana Luangphon dengan kiraan 29-28.

Atlet kelahiran Kuala Krai, Kelantan itu yang gagal menahan sebak selepas diumumkan pemenang mengakui dia tertekan pada permulaan pertarunga­n, namun mula menemui rentak selepas mendapat kata-kata perangsang daripada jurulatih, Bernard Radin.

“Berkat sokongan penyokong, keluarga dan jurulatih, saya dapat menumpukan perhatian. Saya dapat stabilkan posisi dan menggunaka­n teknik yang sepatutnya untuk mengatasi lawan.

“Terima kasih kepada semua terutama keluarga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan seluruh rakyat Malaysia. Emas ini untuk anda semua,” katanya.

Sorakan penyokong

Sementara itu, pemenang emas kategori 54kg, Mohd Ali Yaakub berkata, dia bersyukur kerana berjaya meraih pingat itu walaupun baru menjalanka­n latihan intensif, awal tahun ini.

Katanya, sorakan penyokong membantuny­a berhadapan dengan lawan yang lebih berpengala­man dan ini kali pertama dia mendapat emas sepanjang kariernya.

“Syukur saya dapat melakukann­ya hari ini, terima kasih kepada semua penyokong dan adik beradik saya yang turut datang untuk memberi sokongan.

“Ini kali pertama saya bertarung dengan atlet dari Thailand ini, jurulatih memberitah­u supaya saya terus bertahan untuk mengawal perlawanan dan melakukan serangan apabila berpeluang.

“Syukur strategi itu menjadi. Saya hadiahkan emas ini untuk kedua ibu bapa dan seluruh rakyat Malaysia,” kata anak kelahiran Besut, Terengganu itu.

 ??  ?? Mohd Ali Yaakub (kiri) dan Ain Kamarrudin memenangi pingat emas kategori 54kg dan 57kg acara muay thai di MITEC, semalam.
Mohd Ali Yaakub (kiri) dan Ain Kamarrudin memenangi pingat emas kategori 54kg dan 57kg acara muay thai di MITEC, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia