Berita Harian

‘ajar’ peluncur dewasa

Atlet cilik raih emas acara trick, kakak kumpul tiga emas

- Oleh Haika Khazi

Peluncur air cilik negara, Adam Yoong Hanifah, bangga kerana dapat menghadiah­kan pingat emas pertamanya kepada kontinjen dan rakyat Malaysia.

Adam memenangi emas acara trick lelaki selepas meraih 3,860 mata sekali gus menewaskan peser- ta lebih dewasa termasuk pemenang perak, Dimas Ridho Suprihono dari Indonesia (3,440) dan rakan senegarany­a, Febrianto Kadir.

Anak bongsu kepada Hanifah Yoong Yin Fah yang berusia sembilan tahun itu berkata, dia amat gembira kerana mengunggul­i acara itu biarpun pertama kali bertanding pada temasya terbesar rantau ini.

“Saya tidak sangka boleh menang emas kerana saya hanya lakukan terbaik tanpa memikirkan pencapaian atlet lain termasuk abang saya Aiden,” katanya yang mula berlatih bermain luncur air seawal usia empat tahun.

Pemenang emas termuda

Sementara itu, kakak Adam, Aaliyah mengakui terkejut kerana berjaya mengumpul tiga emas.

Aaliyah meraih emas ketiga selepas muncul juara acara kegemarann­ya trick dengan mengumpul 5,580 mata, jauh meninggalk­an Nur Alimah Priambodo dari Indonesia (3,940) dan peluncur Singapura, Sabelle Kee (3,450).

Terdahulu, Aaliyah yang juga pemenang emas termuda meraih emas dalam sejarah Sukan SEA ketika meraih emas di Palembang 2011 pada usia lapan tahun, muncul pemenang acara jump selepas melakukan lompatan sejauh 32.6 meter.

Aaliyah turut menang perak dalam acara slalom.

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH ] ?? Adam pada acara trick Sukan SEA KL2017 di Kompleks Sukan Air, Putrajaya, semalam.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH ] Adam pada acara trick Sukan SEA KL2017 di Kompleks Sukan Air, Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia