Berita Harian

Skuad pelayaran beri 6 emas

-

Langkawi: Skuad pelayaran negara menutup kempen dengan penuh gemilang apabila membawa pulang enam pingat emas sekali gus mengatasi lima yang disasarkan.

Pada hari terakhir semalam, pelayar negara mengutip tiga lagi pingat emas yang disumbangk­an Muhammad Fauzi Kaman Shah, Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan dan Nurul Shazwanie Mohd Saad.

Selepas sejam pelayar berusia 14 tahun, Nurul Shazwanie memenangi pingat emas keduanya dalam kelas optimist wanita, kejayaan itu diikuti Fauzi, 15 dengan memenangi kategori optimist lelaki.

Ia kemudian diikuti kejayaan Ahmad Latif

Khan, 22 yang menguasai acara laser radial lelaki sekali gus menyaksika­n skuad pelayaran negara muncul juara keseluruha­n.

Pengurus skuad pelayaran negara, Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan berkata kejayaan yang diraih kali ini adalah disebabkan kerja keras semua pihak.

Laluan betul

“Kami amat gembira dengan prestasi pelayar kami yang memenangi enam daripada 14 pingat emas yang ditawarkan yang meletakkan kami selaku juara keseluruha­n mengatasi pemenang terdahulu Singapura,” kata Nik Ashraf.

“Kejayaan tiga atlet yang disumbangk­an oleh tiga pelayar muda kita dalam kelas optimis juga memberikan petanda yang baik bagi sukan pelayaran.

“Ia menunjukka­n program pembanguna­n kami berada di laluan yang betul dan penting bagi kami untuk membantu mereka terus meningkat bagi perlumbaan di kelas yang lebih tinggi.”

Skuad pelayaran negara sebelum ini mengutip tiga emas dalam acara optimis berpasukan menerusi Israr Hazim Ismail, Muhammad Syafie Ali, Muhammad Fauzi Kaman Shah, Nor Nabila Natasha Mohd Nazri dan Nurul Shazwanie Mohd Saad.

Ia diikuti kejayaan Mohamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz dalam acara internatio­nal 470 lelaki dan internatio­nal 420 lelaki menerusi menerusi Muhammad Uzair Amin Mohd Yusof and Naquib Eiman Shahrin.

 ?? [ FOTO AMRAN HAMID/BH ] ?? Muhammad Fauzi (kanan) bersama abangnya, Ahmad Latif menunjukka­n pingat emas yang dimenangi mereka.
[ FOTO AMRAN HAMID/BH ] Muhammad Fauzi (kanan) bersama abangnya, Ahmad Latif menunjukka­n pingat emas yang dimenangi mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia