Berita Harian

‘Menang dalam tidak keruan’

Siti Rahmah beraksi ketika adik bertarung nyawa selepas kemalangan

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Zulfaizan Mansor

̌

Kasih kakak tiada galang ganti! Walaupun berjaya memastikan emas kelas E buat Malaysia selepas menewaskan wakil Indonesia, Pipiet Kamelia 50 di Stadium Juara Bukit Kiara semalam, ada sesuatu yang bermain di fikiran pesilat wanita negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir.

Di sebalik kegembiraa­nnya mempertaha­nkan emas yang dimenangi di Singapura dua tahun lalu, Siti Rahmah masih dibelenggu perasaan sedih mengenangk­an keadaan adik bongsunya, Uthman Mohamed Nasir, 23, yang kini masih tidak sedarkan diri selepas mengalami kemalangan jalan raya, awal pagi kelmarin.

“Adik saya kemalangan dan kini berada di Hospital Sungai Buloh. Dia kemalangan 4 pagi semalam (kelmarin). Saya orang pertama dapat tahu berita itu dan terpaksa bergegas ke hospital dari hotel penginapan.

Perancanga­n masa depan

“Semalam, saya langsung tidak tidur kerana terpaksa ke hospital. Malah ketika beraksi di separuh akhir, adik saya sedang menjalani pembedahan. Dia kini belum sedarkan diri.

“Emas ini untuk keluarga saya terutamany­a buat ibu saya (Syarifah Aishah Syed Hussain Albar). Keluarga saya sepatutnya datang lihat saya beraksi, tetapi dengan apa yang terjadi ini, ia tidak terlaksana,” katanya ketika ditemui.

Malah selepas dikalungi pingat emas, Siti Rahmah terus ke Hospital Sungai Buloh.

Pada masa sama, pesilat itu belum membuat sebarang perancanga­n masa depan kerana mahu mengikuti perkembang­an rawatan adiknya, namun Sukan Asia Indonesia tahun depan kekal jadi sasaran utama.

 ?? [ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH ] ?? Siti Rahmah (kanan) ketika beraksi menentang atlet Indonesia, Pipiet Kamelia dalam acara silat tanding kelas E wanita di Stadium Juara, Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH ] Siti Rahmah (kanan) ketika beraksi menentang atlet Indonesia, Pipiet Kamelia dalam acara silat tanding kelas E wanita di Stadium Juara, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia