Berita Harian

Jufferi dapat hadiah perkahwina­n

-

Kuala Lumpur: Kalungan pingat emas dalam kategori kelas E menjadi hadiah bermakna buat juara dunia, Al Jufferi Jamari yang bakal melangsung­kan perkahwina­nnya dengan Nurul Farhana Abd Majid, 3 November depan.

Al Jufferi memastikan emas ketujuh negara selepas menumbangk­an pesilat Vietnam, Pham Tuan Anh yang menarik diri pada pusingan ketiga kerana cedera dan ketika itu dia ketinggala­n 5-0.

Olahragawa­n negara 2015 itu berkata kemenangan keempat berturut-turut diraihnya di temasya dwitahunan ini adalah sesuatu yang cukup membanggak­an buat kariernya.

“Empat kali jumpa pesilat Vietnam (sejak 2011) membabitka­n orang berbeza. Saya pikul tanggungja­wab yang agak berat dan kerana Vietnam juga saya terpaksa berjauhan dengan keluarga, berlatih di luar negara.

“Selepas terpaksa jauh dengan keluarga dalam tempoh yang lama, sudah pasti saya tidak mahu persiakan segala pengorbana­n yang sudah saya lakukan.

Belum puas

“Saya bangga dengan pencapaian ini. Saya akan akad nikah 3 November ini dan sudah bersedia untuk tamatkan zaman bujang,” katanya ketika ditemui.

Walaupun sudah dinobatkan juara buat kali keempat berturuttu­rut, Al Jufferi seakan belum puas dan menjadikan Sukan Asia sebagai sasarannya selepas ini.

Mengulas prestasiny­a di pentas final, Al Jufferi akui beliau agak gementar di awal saingan sehingga terikut-ikut rentak Tuan Anh.

“Sebelum masuk ke gelanggang, saya rasa gementar dan pusingan pertama saya terikut-ikut rentak dia.

“Tetapi Alhamdulil­lah, saya kekal bertenang dan dapat kuasai semula perlawanan,” katanya.

 ?? [ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH ] ?? Aksi Al Jufferi (kanan) ketika menewaskan pesilat Vietnam, Pham Tuah Anh dalam acara silat tanding kelas E lelaki di Stadium Juara, semalam.
[ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH ] Aksi Al Jufferi (kanan) ketika menewaskan pesilat Vietnam, Pham Tuah Anh dalam acara silat tanding kelas E lelaki di Stadium Juara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia