Berita Harian

Skuad hoki lelaki pertahan emas sejak 1975

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Skuad hoki lelaki negara mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangi sejak 1975 selepas membelasah Myanmar 14-0 dalam aksi final Sukan SEA di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Sepanjang sejarah penyertaan skuad lelaki negara dalam temasya dwitahunan itu, hanya sekali mereka gagal memenangi emas, iaitu pada edisi kedua 1973 di Singapura yang dimenangi skuad tuan rumah.

Gangsa menjadi milik Singapura selepas menang 2-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di sebelah petang.

Jurulatih skuad negara, Stephen Van Huizen, berkata pasukan amat yakin untuk memenangi perlawanan akhir selepas memulakan aksi dengan baik.

“Pemain sudah beraksi di tahap terbaik pada perlawanan ini dengan menyajikan aksi yang menarik termasuk memanfaatk­an peluang yang ada.

Tamat penantian

“Kita bukan terlalu memburu gol tetapi saya kerah pemain untuk menampilka­n aksi sebenar bagi membuktika­n kepada penyokong tempatan yang kita berada pada satu tahap berbeza.

“Cuma pada suku ketiga saja kita kurang tajam kerana padang yang basah akibat daripada hujan lebat namun secara keseluruha­n saya berpuas hati,” kata Van Huizen.

Kejayaan itu menjadi lebih bermakna selepas ia turut menamatkan penantian 12 pemain Malaysian Tigers yang meraih emas Sukan SEA buat kali pertama.

Dalam aksi semalam, skuad negara nyata berada dalam kelas berbeza apabila menewaskan lawan di ranking ke-89 dunia itu menerusi hatrik Shahril Saabah dan Faizal Saari.

Baki lapan jaringan lagi disumbangk­an masing-masing dua oleh Razie Rahim dan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dengan Fitri Saari, Meor Muhamad Azuan Hasan, Azri Hassan dan Rashid Baharom masing-masing menyumbat satu gol.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia