Berita Harian

Mun Yee raih pingat emas ke-16

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Penerjun negara, Leong Mun Yee nyata tidak pernah jemu menghadirk­an pingat emas untuk Malaysia dengan terbaru semalam apabila memenangi acara 10 meter platform seirama campuran berganding­an dengan penerjun muda, Jellson Jabillin.

Emas itu adalah yang ke-16 sepanjang penyertaan­nya pada temasya dwitahunan itu sejak membuat penampilan pertama pada 1997 di Jakarta.

Malah penerjun berusia 32 tahun itu menegaskan, temasya kali ini bukan noktah kepadanya untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA.

“Ini adalah acara yang baru dan saya juga baru berganding­an dengan Jellson. Jadi, kemenangan ini juga sangat bermakna.

“Jika saya mampu kekalkan prestasi semasa, kenapa tidak untuk saya terus mewakili Malaysia di Sukan SEA seterusnya.

“Dari semasa ke semasa, sekarang saya rasa lebih tenang apabila turun beraksi. Mungkin ia hasil pengalaman selama ini,” katanya.

Tepati ramalan

Mun Yee-jellson meraih 311.94 mata, mengatasi wakil Singapura Freida Lim Shen-jonathan Chan Fan Keng yang meraih perak selepas mengumpul 278.28 mata.

Sementara itu, meskipun belum pulih daripada kecederaan belakang yang dialami ketika sesi latihan, Nur Dhabitah Sabri tetap mampu menghadirk­an ketika berganding­an dengan Ng Yan Yee untuk acara 3 meter papan anjal seirama wanita dengan catatan 304.71 mata.

Gandingan Ahmad Amsyar Azman-chew Yiwei pula menepati ramalan memenangi emas acara 3 meter papan anjal seirama lelaki dengan catatan 399.15 mata.

 ?? [FOTO OAIZUDDIN SAAD/BH] ?? Mun Yee bersama Jellson meraikan kejayaan merangkul pingat emas acara 10m platform seirama campuran, semalam.
[FOTO OAIZUDDIN SAAD/BH] Mun Yee bersama Jellson meraikan kejayaan merangkul pingat emas acara 10m platform seirama campuran, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia