Berita Harian

Hajat tak kesampaian

Kesilapan penjaga gol negara bawa padah

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Hajat skuad bola sepak negara menghadiah­kan ‘ibu segala pingat’ kepada kontinjen negara tidak kesampaian selepas tewas 01 kepada Thailand pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Selain terpaksa berpuas hati dengan perak, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee juga gagal menebus kekecewaan 2001 yang menyaksika­n Malaysia turut tewas 01 kepada Thailand di laman sendiri.

Kejayaan Thailand itu menyaksika­n skuad Gajah Perang berjaya mempertaha­nkan emas yang dimenangi sejak 2013.

Pada aksi malam tadi, hujan sejak awal permainan merencatka­n persembaha­n keduadua pasukan untuk mencorakka­n gerakan menarik yang menyaksika­n tidak banyak percubaan berbahaya dapat dilakukan dalam 20 minit pertama.

Hanya selepas 24 minit permainan barulah Malaysia dapat melakukan percubaan menerusi Adam Nor Azlin yang menanduk bola sepakan sudut Safawi Rasid, namun tidak menepati sasaran.

Buru gol penyamaan

Malaysia terus garang mengasak untuk mencari gol pembukaan dan usaha itu hampir berhasil menerusi rembatan deras Azam Nor Abdul Azih pada mini ke30 yang hanya sedikit melepasi palang gol.

Sebaliknya, Thailand terlebih dahulu memecah kebuntuan jaringan pada minit ke39 apabila penjaga gol Malaysia, Haziq Nadzli melakukan kesilapan tertumbuk bola sepakan sudut Sasalak Haiprakhon ke gawang sendiri.

Lapan minit selepas bersam bung babak kedua, Adam menjadi penyelamat pintu gawang Malaysia daripada dibolosi buat kali kedua apabila kuisannya berjaya menyelamat­kan percubaan jarak dekat Worachit Kanitsribu­mphen ketika Haziq sudah keluar dari posisi.

Anak buah Kim Swee dilihat menggandak­an asakan untuk memburu gol penyamaan dengan beberapa gerakan dan peluang terbaik mereka muncul pada minit ke78 menerusi rembatan Syazwan Andik Mohd Ishak yang sedikit tersasar di penjuru kiri pintu gol.

Biarpun bertungkus­lumus mencari gol penyamaan, namun Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan apabila gagal merobek gawang Thailand hingga wisel penamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia