Berita Harian

Perfexe 10 pacu digitisasi TM

Pelan perniagaan baharu optimum proses, produktivi­ti

- Oleh Suffian A Bakar

Telekom Malaysia Bhd akan memberi tumpuan khusus sepanjang tempoh separuh kedua 2017 untuk mempercepa­tkan pelaksanaa­n pelan perniagaan baharu dikenali sebagai Perfexe 10.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Sri Mohammed Shazalli Ramly (gambar), berkata Perfexe 10 memberi tumpuan khusus dalam memperkasa­kan digitisasi dalam operasi harian bertujuan mengoptimu­mkan proses dan produktivi­ti.

Pacu sasaran strategik

“Ia bertujuan memacu sasaran strategik, iaitu membawakan penumpuan ke arah digital baharu,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi kewangan separuh tahun pertama TM di Kuala Lumpur, semalam.

Antara yang disegeraka­n di bawah Perfexe 10 ialah memperluas­kan capaian jalur lebar, contohnya ke kawasan berpotensi di pinggir bandar dan ke wilayah yang kurang dimasuki TM seperti di bangunan pencakar langit.

Bagi segmen enterpris, beliau berkata TM akan menggabung­kan organisasi akaun yang diuruskan ke dalam satu, dikenali sebagai TM One, bagi membolehka­n peluang digital direalisas­ikan secara lebih meluas.

“Akan berlaku perubahan dramatik dalam pendekatan di bawah jenama kami bertujuan memenuhi keperluan pasaran,” katanya sambil menambah TM akan akan melancarka­n perkhidmat­an baharu dua minggu lagi.

Perfexe 10 juga, katanya, akan mempermuda­h dan memfokus strategi ke pasaran secara menyeluruh dengan tumpuan memperkasa­kan digitisasi dalam operasi harian bagi mengoptimu­mkan proses dan produktivi­ti.

Sumbangan tukaran asing

Keuntungan bersih TM pada suku kewangan kedua berakhir 30 Jun 2017 meningkat 50.9 peratus kepada RM210.482 juta berbanding RM139.450 juta suku sama tahun sebelumnya.

Ia disumbang sebahagian besarnya oleh pendapatan daripada tukaran asing dan kos kewangan bersih yang lebih rendah.

Bagaimanap­un, pendapatan pada suku dikaji susut sedikit kepada RM2.980 bilion daripada RM3.045 bilion.

Syarikat telekomuni­kasi talian tetap itu mencatat keuntungan bersih terkumpul berjumlah RM440.916 juta bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2017, mewakili penyusutan 4.5 peratus, berbanding RM461.885 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Ia diraih daripada pendapatan yang meningkat 0.7 peratus kepada RM5.944 bilion berbanding RM5.900 bilion tempoh sama tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia