Berita Harian

LNG PETRONAS

Ke Korea Selatan

- Oleh Nurhayati Abllah

PETRONAS, menerusi anak syarikatny­a, Petronas LNG Ltd (PLL) akan membekalka­n gas asli cecair (LNG) kepada S-oil Corporatio­n (S-oil), syarikat penapisan minyak yang beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan.

Syarikat minyak nasional itu dalam kenyataan berkata, untuk tujuan itu pihaknya sudah memeterai perjanjian jual dan beli dengan Soil untuk membekalka­n LNG bagi operasi loji baharu Soil dan sebagai bahan mentah bagi pengeluara­n hidrogenny­a.

PETRONAS berkata, di ba wah perjanjian itu, PLL komited untuk menyediaka­n sehingga 0.7 juta tan setahun (MTPA) LNG kepada Soil bagi tempoh 15 tahun, bermula 2018.

Bukti tumpuan PETRONAS

Pengerusi PLL merangkap Naib Presiden Pemasaran dan Dagangan Petronas LNG, Ahmad Adly Alias, berkata perjanjian itu adalah bukti tumpuan PETRONAS bagi membina hubungan jangka panjang dengan rakanrakan kongsi komited.

“Kami berharap dapat me wujudkan nilai tambahan dengan Soil bagi memastikan kami dapat menyediaka­n penyelesai­an paling kompre hensif,“katanya.

Paling dipercayai, fleksibel

Disokong oleh pengalaman lebih 30 dalam LNG, PETRONAS diperakui sebagai pembekal LNG paling boleh dipercayai dan fleksibel, beroperasi dari pangkalan bekalan utamanya di Bintulu, Sarawak.

Ia juga mempelbaga­ikan portfolio bekalan LNG dalam beberapa tahun kebelakang­an ini dengan memasukkan Australia Gladstone LNG dan kemudahan LNG terapung pertama dunia di luar pantai Sarawak.

Soil yang ditubuhkan pada 1976, mengeluark­an petroleum, petrokimia dan produk pelincir.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia