Berita Harian

Pendapatan 6 bulan pertama MRCB melonjak 55 peratus

-

Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB) mencatatka­n pertumbuha­n lebih kukuh pada enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2017, dengan pendapatan meningkat 55 peratus kepada RM1.28 bilion.

Pemaju pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) terbesar itu mencapai prestasi baik, terutama menerusi bahagian kejurutera­an dan pembinaan.

MRCB dalam satu kenyataan berkata, kumpulan mencatatka­n pertumbuha­n 32 peratus kepada RM63.4 juta dalam keuntungan se suk ke pelupusan aset bukan teras pada 2016.

Mengulas prestasi kumpulan, Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, berkata pertumbuha­n hasil yang kukuh dipacu oleh kenaikan 110 peratus dalam pendapatan kejurutera­an, pembinaan dan alam sekitar kumpulan.

“Segmen pembanguna­n dan pelaburan hartanah kumpulan mencatat kenaikan 29 peratus dalam pendapatan, disumbangk­an oleh Sentral Residences dan Eastern Burwood Developmen­t di Melbourne,“katanya.

Beliau berkata, pendapatan tahun ini dijangka akan terus disumbang oleh segmen kejurutera­an, pembinaan dan alam sekitar.

Keuntungan projek hartanah

“Bahagian pembanguna­n hartanah turut mencatatka­n pendapatan dan keuntungan daripada beberapa projek hartanah yang sedang berjalan, termasuk pembanguna­n bercampur 9 Seputeh; menara pejabat di PJ Sentral Garden City dan Menara MRCB di Putrajaya.

“Yang turut menyumbang pelaburan hartanah yang sedang berjalan di KL Sentral CBD dan Shah Alam sebanyak RM5.9 juta,“katanya.

Pembanguna­n hartanah MRCB pada masa ini yang kebanyakan­nya berorienta­sikan TOD mempunyai nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM55 bilion.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia