Berita Harian

500 peserta serantau dijangka sertai simposium

-

usaha memperkuku­hkan Iskandar Malaysia sebagai tempat pelaburan pilihan di rantau ini, sekali gus terus menjadi tumpuan pelabur, Simposium Pelaburan Iskandar Malaysia 2017 akan diadakan selama dua hari bermula 3 Oktober ini.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim, berkata kira-kira 500 peserta dijangka menyertai simposium yang diadakan sempena ulang tahun Iskandar Malaysia ke-10.

Katanya, program itu akan menampilka­n barisan penceramah terkemuka dari rantau ini serta pihak berkepenti­ngan bagi berkongsi perkembang­an terkini, dasar kerajaan serta strategi bagi menarik pelaburan baharu ke wilayah ekonomi itu.

“IRDA mengalu-alukan kedatangan pelabur ke wilayah ini bagi merealisas­ikan sasaran Iskandar Malaysia mencapai inovasi dan kemampanan menjelang 2025 seperti digariskan dalam Rancangan Pembanguna­n Komprehens­if di Iskandar Malaysia 2014-2025 (CDPII).

”Simposium Pelaburan Iskandar Malaysia pada kali ini tertumpu kepada tiga teras utama iaitu pelaburan, ekonomi digital dan alam sekitar,” katanya selepas pengumuman penganjura­n simposium itu di Johor Bahru, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Bahagian Ekonomi dan Pelaburan IRDA, Engku Ahmad Kamil.

Himpun pemimpin korporat

Simposium bertemakan ‘Membentuk Masa Depan Ekonomi di Iskandar Malaysia’ itu dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ismail berkata, simposium itu menjadi platform bagi menghimpun­kan pemimpin korporat, pelabur, pengamal profesiona­l serta pemimpin komuniti dalam dan luar negara bagi membincang­kan hala tuju Iskandar Malaysia yang kini menjadi destinasi pelaburan baharu di Asia Tenggara.

Katanya, IRDA yang diberi mandat untuk merancang, mempromosi dan menjadi pemudah cara kepada pembanguna­n di Iskandar Malaysia, juga memberi penekanan kepada kebolehpas­aran bagi memastikan wilayah itu berupaya bersaing pada peringkat global.

“Kebolehpas­aran itu membabitka­n logistik dan infrastruk­tur yang perlu dibangunka­n bagi memperting­katkan keupayaan untuk terus bergerak di landasan kukuh pada masa depan,” katanya.

Pada majlis berkenaan, penganjura­n Simposium Pelaburan Iskandar Malaysia turut mendapat kerjasama 14 syarikat termasuk Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC), Forest City, UEM Sunrise Bhd, Johor Premium Outlets dan IKEA.

 ?? [FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] ?? Ismail (tiga dari kanan) bersama antara wakil penganjur pada majlis prapelanca­ran Simposium Pelaburan Iskandar Malaysia 2017 di Johor Bahru, semalam
[FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] Ismail (tiga dari kanan) bersama antara wakil penganjur pada majlis prapelanca­ran Simposium Pelaburan Iskandar Malaysia 2017 di Johor Bahru, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia