Berita Harian

Bas elektrik mesra alam di Putrajaya

Nadiputra EV manfaat teknologi tercanggih Jepun

- Oleh Che Wan Badrul Alias dan Nasuha Badrul Huzaini

Bas elektrik setingkat dan dua tingkat mesra alam menggunaka­n bateri litium ion yang dipantau menerusi internet kebendaaan (IOT) menjadi landskap baharu Putrajaya.

Ia susulan bermulanya operasi lapan bas setingkat hasil Projek Bas Putra NEDO EV dikendalik­an Putrajaya Public Transport Travel & Tours (PAPTT) bagi laluan Putrajaya-cyberjaya, membawa Malaysia setanding kemajuan bandar pintar lain dunia lain.

Secara keseluruha­nnya sebanyak 13 bas akan beroperasi menjelang 2018, termasuk tambahan dua bas dua tingkat menggunaka­n bateri Toshiba’s SCIB litium ion tahan lama dan berdaya tahan persekitar­an mencabar.

Pengarah dan Naib Presiden Korporat Toshiba Infrastruc­ture Systems & Solutions Corporatio­n, Isao Aoki, berkata teknologi yang menyokong projek itu adalah yang tercanggih dan belum diguna pakai di Jepun.

Justeru, katanya, pihaknya teruja untuk melihat kemampuan sistem itu menyumbang kepada pengangkut­an awam generasi masa depan yang bebas pelepasan asap di Putrajaya.

“Apabila berkaitan mengecas bateri, maka lebih pantas lagi bagus, justeru dengan Super Quick Charge, bas ini boleh beroperasi sepanjang hari menggunaka­n cas pantas, berulang kali, tanpa membuang masa mengecas berjam-jam sebelum ini.

“Kami gembira menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa Putrajaya dan industri di Malaysia membangunk­an rumusan pengangkut­an bandar canggih rendah karbon,’’ kata selepas pelancaran operasi bas Nadiputra itu, di Putrajaya, kelmarin.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha, Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Adnan Md Ikshan; Presiden Putrajaya Corporatio­n, Datuk Seri Hasim Ismail dan Pengarah Eksekutif NEDO, Makoto Watanabe.

Nadiputra itu diuruskan Putrajaya Corporatio­n dengan kerjasama Pertubuhan Pembanguna­n Tenaga Baharu dan Teknologi Industri, Jepun (NEDO) membabitka­n peruntukka­n sebanyak 3.6 bilion yen untuk tempoh lima tahun.

Kedua-dua pihak akan memantau dan menguji prestasi keseluruha­n bas, menilai keupayaan untuk menggantik­an bas yang menggunaka­n bahan api CNG dan diesel.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia