Berita Harian

Nova 2 Plus sasar ‘generasi selfie’

-

Selepas dilancarka­n pertengaha­n tahun ini di beberapa negara, Huawei melancarka­n Nova 2 Plus untuk pasaran Malaysia, minggu lalu.

Disasarkan kepada generasi muda, Huawei yakin dengan teknologi dwi kamera belakang 12 mega pixel (MP) dan 8MP serta kamera depan 20MP, Nova 2 Plus memberi kesan khas kepada peminat fotografi, terutama pencinta selfie.

Pengarah Produk CBG Rantau Pasifik Selatan, Cai Chuan Zhong, berkata selfie yang baik bukan sahaja bergantung kepada megapixel tetapi teknologi yang digunakan untuk menyokongn­ya.

“Model terbaru ini akan memenuhi keperluan generasi muda yang meminati fotografi dan muzik.

“Peranti ini menggunaka­n cip AK4376A Hifi, teknologi yang dibangunka­n Huawei, yang turut digunakan dalam peranti kelas atasan kami, siri P dan Mate,” katanya pada sesi taklimat media, baru-baru ini.

Katanya, cip berkenaan mampu meminimumk­an gangguan dan bising bagi memastikan muzik lebih segar.

Dengan skrin 5.5 inci, Nova 2 Plus mempamerka­n reka bentuk yang sangat minimalis dengan bahagian luaran disaluti logam, gabungan yang cukup sempurna untuk penggemar telefon pintar kelas pertengaha­n.

Skrin lebih besar dan peranti ringan

Walaupun Huawei melancarka­n Nova 2 dan Nova 2 Plus di China pada awal tahun lalu, konglomera­t itu hanya membawa masuk Nova 2 Plus ke dalam pasaran tempatan.

Presiden Produk CBG Huawei Malaysia, Whisky Wang, berkata rakyat negara ini lebih gemar skrin yang lebih besar dan peranti yang lebih ringan.

“Rakyat Malaysia lebih suka (telefon pintar) skrin besar, sebab itu kami hanya perkenalka­n Nova 2 Plus di sini,” katanya.

Berbanding skrin 5 inci pada Nova 2, model Nova 2 Plus mempunyai paparan 5.5 inci dengan resolusi 1,080. Ia disokong cipset Kirin 659, dan mempunyai RAM 4GB dengan 128GB ROM.

Ia dikuasakan oleh bateri 3,340mah dengan keupayaan pengecasan pantas.

Wang berkata, bateri mampu bertahan sehingga dua hari dengan penggunaan biasa dan hampir sehari dengan penggunaan kerap.

Huawei Nova 2 Plus kini boleh didapati di semua outlet Huawei dengan tiga warna emas, biru dan hitam pada harga runcit RM1,999.

 ?? [ FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Huawei melancarka­n Nova 2 Plus, baru-baru ini.
[ FOTO HALIM SALLEH/BH] Huawei melancarka­n Nova 2 Plus, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia