Berita Harian

Bursa Malaysia ditutup rendah

FBM KLCI susut 8.35 mata kepada 1,761.14

-

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan perkembang­an terbaru krisis Korea UtaraAmeri­ka Syarikat (AS) yang mengejutka­n pasaran tempatan serta pasaran Asia.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.35 mata atau 0.42 peratus kepada 1,761.14 selepas berlegar antara 1,756.92 dan 1,767.23 sepanjang dagangan semalam.

Indeks itu dibuka 2.62 mata lebih rendah kepada 1,766.87 berbanding 1,769.49 sewaktu ditutup kelmarin.

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 622 berbanding 274, manakala 337 kaunter tidak berubah, 591 tidak didagangka­n dan 58 lain digantung.

Jumlah dagangan susut untuk hari kedua berturuttu­rut kepada 1.45 bilion saham bernilai RM1.83 bilion daripada 1.78 bilion saham bernilai RM1.65 bilion pada Isnin.

Ketua Penyelidik­an Interpacif­ic Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata pasaran di serata Asia terkejut dengan perkembang­an terbaharu membabitka­n krisis antara AS dan Korea Utara.

“Ini adalah tempoh buruk untuk pasaran saham yang diselubung­i kemungkina­n (tercetusny­a peperangan)... mereka bimbang mengenai potensi tindakan ketenteraa­n yang akan diambil,” katanya kepada BERNAMA.

Awal semalam, satu peluru berpandu Korea Utara dilancarka­n ke Hokkaido, iaitu kepulauan di utara Jepun dan jatuh ke Lautan Pasifik.

Ini disusuli kenyataan tegas Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang berikrar untuk meningkatk­an tekanan ke atas Korea Utara.

Malah, keduadua pemimpin itu bersetuju untuk menggesa Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincang­kan perkembang­an terbaru berkenaan.

Di pasaran tempatan, kebanyakan kaunter saham wajaran tinggi susut, didahului Maybank yang rugi 14 sen kepada RM9.46, CIMB turun lapan sen kepada RM5.91, Sime berkuranga­n sembilan sen kepada RM9 manakala Petgas merosot tiga sen kepada RM18.34.

Saham rugi menyaksika­n MPI berkuranga­n 38 sen kepada RM13.70, Aeoncr turun 36 sen kepada RM12.34, Timecom susut 26 sen kepada RM9.40 manakala Dlady dan Panamy masingmasi­ng rugi dua sen kepada RM59 dan RM38.5.

Indeks FBM Emas merosot 69.81 mata kepada 12,528.77, Indeks FBM Emas Syariah berkuranga­n 75.93 mata kepada 12,702.41 manakala Indeks FBMT 100 kehilangan 64.97 mata kepada 12,197.57.

FBM 70 turut susut 106.55 mata kepada 14,953.58 manakala FBM ACE turun 93.69 mata kepada 6,515.31.

Mengikut sektor, Indeks Perla dangan berkuranga­n 5.96 mata kepada 7,835.90, Indeks Kewangan turun 133.60 mata kepada 16,584.43 manakala Indeks Perusahaan jatuh 20.34 mata kepada 3,183.65.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 888.69 juta saham bernilai RM1.71 bilion daripada 998.34 juta saham bernilai RM1.49 bilion, sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan berkuranga­n kepada 402.40 juta unit bernilai RM96.42 juta daripada 559.69 juta unit bernilai RM133.88 juta pada Isnin.

Waran berkuranga­n kepada 161.25 juta saham bernilai RM23.46 juta daripada 212.81 juta saham bernilai RM27.24 juta, kelmarin.

Barangan pengguna menyumbang 47.65 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (186.23 juta), pembinaan (88.36 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (360.72 juta), teknologi (31.24 juta), infrastruk­tur (3.65 juta), SPAC (170,300), kewangan (71.48 juta), hotel (2.86 juta), hartanah (66.66 juta), perladanga­n (14.40 juta), perlombong­an (441,200), REIT (10.83 juta) dan dana tertutup (7,800).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia