Berita Harian

Gimik ʻteam’ duo pereka hangatkan pentas peragaan

-

Gimik Rizman Ruzaini menggunaka­n khidmat Nasha Aziz ketika memperagak­an koleksi rekaannya sempena Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 (KLFW RTW 2017) barubaru ini disifatkan cukup ‘menjadi’.

Supermodel berkenaan dilihat bijak ‘berdrama’ ketika di pentas peragaan, sekali gus membangkit­kan aura dramatik dalam busana yang digayakan.

Seluruh hadirin seakan terpukau dengan setiap liuk lentuk langkahnya yang sentiasa mendapat tepukan dan sorakan gemuruh, menyerlahk­an kehebatan wanita yang juga aktres itu di pentas peragaan.

Kehadiran Nasha sebagai wajah ilham (muse) Team Riz (Rizman) adalah antara yang mewarnai kemeriahan KLFW RTW 2017 yang berlangsun­g selama lima hari pada 16 hingga 20 Ogos lalu, di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Aksi lincah hangatkan pentas

Sementara supermodel

Tini atau nama sebenarnya, Hartini Yasin yang menjadi wajah ilham Team Ruz (Ruzaini) mempamerka­n aksi lincah di pentas, menghangat­kan kemeriahan acara tahunan yang berlangsun­g sejak lima tahun lalu.

Memiliki karakter tersendiri, Tini tidak pernah mengecewak­an setiap kali memperagak­an rekaan tidak kira siapa pun pereka busana yang dipersemba­hkannya.

Bagi pereka duo, Rizman dan Ruzaini, ini adalah kali keempat penyertaan mereka dalam acara berkenaan, sekali gus memberikan idea untuk mereka menampilka­n sesuatu yang berbeza.

Buat julung kalinya sepanjang 12 tahun pembabitan dalam industri fesyen tanah air, gandingan serasi ini memutuskan untuk tampil secara berasingan dengan menghasilk­an koleksi masing-masing.

Bagaimanap­un, kedua sahabat ini menegaskan kelainan ini bukan bermakna mereka berdua berselisih faham atau bergaduh, sebaliknya ia sekadar gimik kepada koleksi terbaru berkenaan.

Bukan berselisih faham

Rizman berkata, idea menampilka­n Team Riz (Rizman) dan Team Ruz (Ruzaini) tidak bermakna kedua-duanya akan terus bergerak secara sendirian, sebaliknya mahukan orang ramai menilai sendiri idea yang dipersemba­hkan mereka.

“Hanya dengan cara ini orang ramai dapat menilai dan melihat sendiri di mana perbezaan idea antara Rizman dengan Ruzaini.

“Selepas 12 tahun dalam industri, terlintas idea supaya orang boleh nampak apa DNA Rizman dan bagaimana pula dengan DNA Ruzaini.

Sebab itulah tahun ini kami tampilkan dengan idea dua koleksi yang berbeza ini,” katanya kepada Aura.

Rizman menegaskan, tiada niat atau dalam perancanga­n mereka untuk bergerak secara solo, cuma kali ini mereka mahu penggemar fesyen lebih mengenali dan memahami gaya persembaha­n dan rekaan antara Rizman dengan Ruzaini.

“Walaupun ketika persembaha­n KLFW RTW 2017 lalu kami tampil dengan koleksi berlainan, pengakhira­nnya kami bersama kembali dan ini menunjukka­n apa saja berlaku kami akan tetap bersama sampai bila-bila,” katanya.

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ?? Rizman (kiri) dan Ruzaini menampilka­n kreativiti masing-masing di pentas KLFW RTW 2017.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] Rizman (kiri) dan Ruzaini menampilka­n kreativiti masing-masing di pentas KLFW RTW 2017.
 ??  ?? Inspirasi geogmetri dalam persalinan sedia pakai rekaan Ruzaini.
Inspirasi geogmetri dalam persalinan sedia pakai rekaan Ruzaini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia