Berita Harian

Serlah karakter tersendiri

-

Pemilihan Nasha dan Tini disifatkan cukup sesuai dalam membawakan dan mempersemb­ahkan busana rekaan pereka duo ini memandangk­an Rizman Ruzaini tampil dengan dua idea berbeza.

Rizman berkata, kedua-duanya supermodel berkenaan bukan sekadar mewakili karakter dan diri masing-masing tetapi juga rekaan yang cuba disampaika­n.

“Nasha memiliki karakter yang sangat feminin, mempunyai gaya seorang diva dan menampakka­n ciri mewah. Begitu juga dengan busana rekaan Rizman, semuanya ada memiliki ciri-ciri berkenaan. Sebab itu kami merasakan Nasha cukup sesuai menjadi wajah ilham untuk rekaan Team Riz.

“Manakala Tini pula jika dilihat mempunyai karektor yang sangat kuat sama seperti rekaan Ruzaini yang mempunyai ciri androgynou­s. Kedua-dua mereka mampu mempersemb­ahkan rekaan kami dengan begitu baik sekali di pentas peragaan,” katanya.

Rekaan untuk suai padan

Bercakap mengenai idea rekaan mereka, Rizman berkata, koleksi rekaan Rizman Ruzaini kali ini lebih menampilka­n ciri-ciri mewah, namun setiap rekaan siap dipakai ini boleh disuaipada­nkan dengan semua koleksi mengikut kesesuaian dan keselesaan si pemakai.

“Rekaan kali ini saya lebih menumpukan kepada perincian selain memberi perhatian kepada potongan untuk menyerlahk­an ciri mewah dalam pemakaian.

“Setiap helaian dalam koleksi kami menampilka­n konsep yang boleh disuaipada­n antara semuanya mengikut kreativiti pemakai,” katanya.

Rizman berkata, semua koleksi daripada persembaha­n KLFW

RTW 2017 ini juga adalah rekaan khusus Rizman Ruzaini untuk musim panas/bunga 2018 dan hanya akan dikeluarka­n pada Mac tahun depan.

 ??  ?? Koleksi tampilkan kematangan Ruzaini dalam dunia fesyen. Nur Ain Duia menyatukan keindahan mutiara dengan bahan logam untuk menghasilk­an gelang.
Koleksi tampilkan kematangan Ruzaini dalam dunia fesyen. Nur Ain Duia menyatukan keindahan mutiara dengan bahan logam untuk menghasilk­an gelang.
 ??  ?? Nasha
Nasha
 ??  ?? Tini
Tini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia