Berita Harian

Padanan sesuai jeans putih

Gandingan dengan baju, kasut rona kontra serlah penampilan jejaka

-

Seluar jeans bukan sekadar selesa tetapi paling mudah dipadankan dengan apa juga pakaian, selain lasak dan tampak santai.

Lazimnya, individu akan pilih jeans biru dan amatjarang­memakai warna putih.

Bagi selebriti ternama dunia seperti penyanyi Justin Timberlake, bintang Korea, Lee Min Ho malah ikon fesyen, David Beckham tampak berkarisma melaram jeans putih.

Jadi jeans putih mampu menyerlahk­an pesona lelaki jika bijak disuai padan dengan pakaian. Di bawah panduan memakai jeans putih.

Padanan ringkas

Kalangan penggiat fesyen kerap menyamakan jeans putih umpama kertas kosong yang boleh melakarkan pelbagai corak dan warna.

Rona putih mewakili imej polos dan ia mudah disuai padan. Untuk tampil bersaja, anda disarankan mengacukan­nya dengan kemeja warna redup, kemeja polo, jaket kulit dankemeja chambray.

Lambang sikap lelaki

Warna putih cepat kotor jika tidak dijaga dengan betul. Sebelum membeli, amati perinciann­ya seperti ukuran yang tepat, lipatan kaki yang sempurna hingga potongan secocok tubuh dan gaya.

Pastikan penampilan sentiasa bersih dan rapi kerana jeans putih secara simbolikny­a, mewakili sikap yakin dan percaya pada diri.

Pilihan kasut yang sesuai

Jeans putih secara tidak langsung membuatkan pandangan mata tertumpu pada kaki anda dan mendedahka­n kasut yang disarung.

Ada banyak pilihan kasut sesuai digayakan dengan jeans putih asalkan sentiasa dalam keadaan bersih. Ini kerana sedikit saja kekotoran terpalit pada kasut berupaya mencacatka­n seluruh gaya dan penampilan.

Untuk penampilan meyakinkan, disyorkan sepatu loafers sepadan dengan warna baju. Untuk gaya siang, pilih kasut warna coklat dan biru manakala malam, pilihan warna perlu lebih gelap meliputi hitam dan merah hati.

Kasut oxford turut sesuai digandingk­an dengan jeans putih dan digayakan tanpa stoking, selain pilihan sarung kaki pendek hingga tidak kelihatan.

Kasut but menterjema­hkan imej ranggi dan santai serta menarik dipadankan dengan jeans putih. Tetapi pilih warna baju kontra dengan dengan jeans putih.

Elak banyak warna

Jeans putih dilihat kontras dengan semua pakaian. Untuk tampil menyerlah, utamakan padanan baju berwarna gelap seperti hitam, biru tua, ungu atau kelabu.

Mereka yang lebih berani memilih baju sedondon putih. Cuma bagi mengelakka­n caca merba, anda diingatkan tidak mengenakan terlalu banyak warna, sebaiknya hadkan dua warna saja.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia